• Dr Zhou Ye FRGS

  • Dr Ho FRGS

  • NPU 2024 Research and Insights camp

BENGKEL KEROHANIAN : MELAHIRKAN PEKERJA CEMERLANG

9 Disember - Satu sesi perkongsian ilmu bersama Y.Bhg. Prof Datuk Ahmad Yusoff Hassan bertajuk “Bagaimana Melahirkan Pekerja Cemerlang” telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa. Perkongsian ilmu selama satu jam setengah itu menekankan pembangunan modal insan dari segi pentingnya meneroka ilmu-ilmu yang baharu, pengetahuan, minat dan teknik pengajaran yang perlu ada pada seseorang staf.

BengkelPc

Prof Datuk Ahmad Yusoff Hassan dalam perkongsian ilmunya itu memberitahu supaya semua orang tidak kira pada peringkat apa juga sepatutnya menguasai ilmu untuk membangunkan dan memajukan diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

BengkelPc2

Program pengisian ilmu yang santai dan mencuit hati hadirin yang hadir dalam sessi perkongsian ilmu ini diakhiri dengan resipi perubahan dari Prof Datuk Ahmad Yusoff iaitu deria mendesak, visi, proses (model perubahan), komitmen dan perlaksanaan berkesan.

BengkelPc3

Semoga semua yang hadir dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman dari sesi perkongsian ilmu oleh Prof Datuk Ahmad Yusoff Hassan.

Teks : Rahayu Dorahim@Abd Rahim  Foto : Mohd Shukri Soaid

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967