• Dr Zhou Ye FRGS

  • Dr Ho FRGS

  • NPU 2024 Research and Insights camp

Perjanjian Persefahaman dalam pembinaan satelit nano

mou5

PULAU PINANG, 13 Januari 2017 - Satelit nano berbentuk kiub yang dinamakan MYSat atau Malaysia Youth Satellite akan memberikan amaran gempa bumi dan juga tsunami seawal tiga bulan sehingga tiga minggu di pusat pengumpulan data di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKA), Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed di majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara USM dan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi kerjasama dalam melancarkan MYSat.

"PPKAeroangkasa yang menghasilkan MYSat ini akan membawa misi saintifik iaitu mengkaji dan mengumpul data ionosfera untuk tujuan ramalan gempa bumi," kata Abdul Rahman.

mou57

"Data saintifik yang bakal diperolehi dijangka mampu membantu penyelidikan dalam perancangan bencana alam terutamanya gempa bumi dan tsunami," tambah beliau yang mewakili Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Menurut Ketua Pengarah ANGKASA, Dr. Noordin Ahmad, agensinya menyokong penuh inisiatif USM dalam mempertingkatkan dan memperkembangkan ilmu angkasa terutamanya teknologi satelit seperti MYSat.

"Kami juga berbesar hati kerana dapat berkongsi pengalaman dan konsultansi dengan USM serta hubungan dan kerjasama kerajaan dan institusi ini dapat memberi manfaat kepada semua," tambah Noordin.

mou78

Satelit ini dijangka akan berada di orbit selama 6 bulan hingga setahun bergantung kepada persekitaran bermula tahun hadapan dan akan dilancarkan oleh angkasawan daripada modul Kibo milik JAXA (Japan Aerospace Exploration Agency) di Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (International Space Station - ISS).

Jumlah keseluruhan program ini yang melibatkan bas kapal angkasa, bebanbayar, kos pelancaran, pembinaan dan operasi stesen bumi dan kos kakitangan termasuk operator satelit adalah sekitar RM250,000.

 

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967