Pada hari ini, 16/8/2017, dengan kerjasama Aerial System Robotic Team dan PPK Aeroangkasa, satu pelancaran gimik hari kemerdekaan berteraskan Konsep Aplikasi Kejuruteraan Aeroangkasa telah dijalankan di SK Methodist Parit Buntar. Aktiviti yang julung kali diadakan ini adalah hasil idea dan usaha guru guru SK Methodist yang telah menjemput PPK Aeroangkasa sebagai satu pengalaman dan pengetahuan kepada murid SK Methodist kepada pemupukan Science, Technology, Engineering dan Mathematics kepada pelajar.
Penerbangan di jayakan oleh juruterbang Drone iaitu En Amir Wahab, En Zaim dan En Hazim. Ground Crew terlibat ialah En Zihad dan En Shukri. 3 buah drone telah diterbangkan dimana ketiga tiga drone ini membawa Bendera Jalur Gemilang yang digantungkan di bawah drone tersebut. Murid murid dan guru kelihatan terpegun dengan penerbangan ini dimana pada pengakhirannya sebuah drone mengangkat tinggi bendera ke ketinggian lebih dari 2 tingkat bangunan sekolah tersebut.
Terima kasih kepada guru kaunseling sekolah kerana telah memastikan semua aspek keselamatan di kawal dengan baik. Satu usahasama antara organisasi kerajaan seperti ini adalah boleh dibanggakan dimana semangat kerjasama dan usahasama yang terjalin demi meningkatkan mutu anak bangsa khususnya di sekeliling Kampus Kejuruteraan USM telah dapat dijalankan secara tersusun dan teratur.
Photo & Text : Engr Zihad Mahmud