PULAU PINANG, 1 November 2018 – Aerofair 2018 Outreach Program telah sampai ke kemuncaknya dengan ujian penerbangan RC Plane yang dilakukan oleh peserta program sendiri. Bertempat di Padang Kompleks Sukan, USM Kampus Kejuruteraan, program yang disertai oleh empat buah sekolah dari Daerah Seberang Perai selatan ini juga telah mendapat perhatian dari Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru, Kedah untuk mereka menunjukkan kebolehan melakukan penerbangan rc plane mereka sendiri.
Konsep Funfly RC Plane ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk menerbangkan RC Plane: USM AeroJet Mk.1 yang direka oleh Dr Norizham yang juga pensyarah pusat pengajian ini. Para peserta juga dapat melengkapkan homework yang diberi iaitu mereka bentuk, melengkapkan sistem dan menerbangkan RC Plane buatan sendiri secara berkumpulan.
Sebelum penerbangan dilakukan, Dr.Norizham Abdul Razak selaku pengarah projek ini telah mengetuai sesi check and setting setiap RC Plane yang dibuat oleh peserta program dengan dibantu oleh krew teknikal, Dr Ahmad Faizul Hawary, Penolong Jurutera Mohd Amir Wahab, dan En Mohamad Zihad Mahmud dan diperhatikan oleh Mr Lai, pelajar MSc. Pada hari tersebut, semua peserta dapat menerbangkan RC Plane mereka sendiri dengan dibantu oleh En Amir dan En Zihad selaku trainer sebagai pemantau dan pembantu kepada peserta untuk memastikan peserta dapat melakukan penerbangan dengan lancar dan tenang.
Setiap peserta sekolah juga di beri peluang untuk melakukan penerbangan beberapa kali. Apa yang lebih menarik adalah peluang untuk menerbangkan RC Plane ini juga digunakan oleh guru-guru pengiring untuk mencuba dan menunjukkan kebolehan mereka menerbangkan RC Plane.
Program yang turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan ini di akhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta program. Kita telah mendapat respon positif dari peserta dan guru berkenaan aktiviti pada kali ini dan akan mengorak langkah bersama pihak terlibat untuk memastikan program ini dapat diteruskan bersama pada tahun hadapan khususnya untuk memupuk minat pelajar & sekolah di sekitar USM kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Text : Pn Rahayu Dorahim@ Abdul Rahim
Image : En Mohd Shukri Soaid