Pada 8 November 2018, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa sekali lagi telah mengorak langkah dengan mengadakan KURSUS ASAS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DRON yang telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan Hangar, PPK Aeroangkasa.
Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan dan sesi praktikal untuk memasang, memastikan dan mengujilari dron untuk terbang dalam keadaan selamat. Seterusnya memberi latihan penerbangan dron selamat dan mematuhi undang undang. Dan selari dengan revolusi industry 4.0 di mana dron boleh dipelbagaikan aplikasinya bergantung kepada misi yang ingin digunakan.
Kursus selama sehari ini telah disertai oleh 5 orang peserta dari dalam dan luar Kampus USM. Kursus ini merangkumi pembelajaran berkenaan teori asas dron, seterusnya sesi praktikal pemasangan dan penerbangan dron oleh peserta. Seterusnya perkongsian berkenaan penerbangan dron yang selamat dan mematuhi undang undang penerbangan dron juga dibincangkan pada akhir sesi.
Kita merancang untuk mengadakan lebih banyak sesi perkongsian ilmu & praktikal seterusnya memberikan pengetahuan dan cara yang baik untuk pengendalian dron seperti ini pada masa akan datang.
Text : En. Mohamad Zihad Mahmud
Foto: En. Shukri Soaid