Timbalan Dekan Penyelidikan, Prof Madya Dr Elmi Abu Bakar, dan En Mohamad Zihad, Pegawai Latihan Vokasional, telah menghadiri Sesi Libat Urus (Stakeholder Engagement) di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya mewakili Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.
Sesi ini bertujuan untuk membincangkan isu isu penggunaan dron/ Unmanned Aircraft System di Malaysia.
Sepertimana yang sedia maklum, penggunaan dan aplikasi dron semakin pesat digunakan samada di pihak swasta mahupun kerajaan. Oleh itu, Sesi yang melibatkan institusi akademik, agensi kerajaan dan swasta ini telah mengadakan satu perbincangan bersama secara produktif khususnya untuk memberi tambah nilai dan penambahbaikkan dari segi penggunaan dan pengawalan penggunaan dron pada masa akan datang.
Sebagai sebuah institusi yang aktif dalam melaksanakan pengajaran dan juga penyelidikan dalam bidang dron dan aplikasi, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak kementerian khususnya penggunaan dron untuk pengajaran dan penyelidikan.
Semoga dengan sesi ini, penggunaan dron boleh ditambah baik dan dikembangkan dan memacu pertumbuhan Malaysia pada masa akan datang.
Disediakan oleh: En Mohamad Zihad Mahmud.
5 September 2019