• Dr Zhou Ye FRGS

  • Dr Ho FRGS

  • NPU 2024 Research and Insights camp

Roket 'Hebat' USM bakal bersaing di AS

NIBONG TEBAL: Pasukan Wau Rocketry dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang bakal membuat penampilan sulung dan menjadi wakil tunggal Malaysia ke Spaceport America Cup 2022 menaruh harapan tinggi bahawa roket ciptaan mereka mampu memperoleh kejayaan bermakna dalam pertandingan berprestij dunia itu.

Bakal mempertaruhkan roket dikenali 'Hebat', pasukan diketuai pelajar Tahun Tiga Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa universiti itu, A Vanmitha, 22, kini sudah membuat persiapan sehingga 80 peratus sebelum menyertai pertandingan berkenaan yang akan berlangsung pada 20 hingga 25 Jun di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Vanmitha berkata, pasukan mereka sudah membuat persiapan untuk ke pertandingan itu sejak enam bulan lalu, selepas berjaya melayakkan diri dengan melalui tiga peringkat yang ditetapkan pihak penganjur.

"Bagi memasuki pertandingan besar ini, ia bukan mudah dengan hanya sekadar mengisi nama setiap peserta kemudian terus layak mendapat tempat.

"Di sini, kami perlu melalui tiga peringkat yang ditetapkan yang jika kami gagal pada peringkat pertama kami tidak akan layak ke peringkat seterusnya.

"Syukur kami berjaya melalui semua peringkat itu selepas mengisi penyertaan berkenaan pada September lalu, maka terus mengerah idea serta keringat untuk membuat persiapan menghasilkan roket bagi ke pertandingan itu," katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, kriteria pertandingan itu mengambil kira konsep membentuk, membina dan menerbangkan roket yang mana pasukan perlu menerbangkan roket setinggi 10,000 kaki di samping membawa satelit nano bersama roket, seterusnya mendaratkan roket yang dilengkapi dengan payung terjun dengan selamat.

"Cabaran utama yang dihadapi dalam pembinaan roket ini adalah bagi memastikan pasukan kami dapat mengawal pendaratan roket dengan selamat kerana jika ada sedikit ralat , ia akan menyebabkan roket jatuh terhempas dan berkecai.

"Pasukan kami tidak boleh menguji roket di sini (Malaysia) kerana ia adalah syarat yang ditetapkan pihak penganjur yang mana roket ini akan dilancarkan sekali sahaja iaitu pada pertandingan itu nanti," katanya.

Pasukan itu terdiri daripada 11 pelajar membabitkan lapan pelajar kejuruteraan aeroangkasa, dua (kejuruteraan kimia) dan seorang (kejuruteraan mekanikal) itu mendapat bimbingan daripada Penasihat projek, Dr Norilmi Amilia Ismail dan mentor, Julian Yie Jian Chee iaitu rakyat Malaysia yang mengajar di Wichita State University, AS yang pernah menerbangkan roket dalam pertandingan berkenaan sebelum ini.

Sementara itu, Norilmi Amilia berkata, pelajarnya berminat menyertai pertandingan itu selepas memperoleh inspirasi melalui program ' University Space Engeneering Consortium (UNISEC)' yang diadakan tahun lalu.

"Ketika itu, kita menjemput dua individu yang pernah menyertai pertandingan berkenaan untuk kongsikan pengalaman sehingga timbul minat pelajar untuk sertai sehingga terbentuk ciptaan roket sepanjang 3.3 meter seberat 25 kilogram yang diperbuat daripada gentian kaca.

"Pertandingan ini bukan mudah untuk disertai kerana pelajar berkorban masa dan tenaga bukan sahaja untuk membawa nama universiti ke pentas dunia tetapi untuk mengharumkan negara," katanya.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, Profesor Dr Farzad Ismail, berkata penyertaan pelajar ke pertandingan antarabangsa itu mengajar mereka dalam dimensi pembelajaran baharu.

"Ia adalah satu pengalaman yang memang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit kerana mengajar mereka kepada sesuatu bentuk pelajaran yang baharu dalam dunia yang sebenar," katanya.

Difahamkan, terdapat 151 pasukan dari 24 negara membabitkan 1,700 pelajar aeronautik termasuk negara tuan rumah akan bersaing dalam pertandingan itu.


HebatUSM
Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Farzad Ismail (tiga kiri) bersama Penasihat projek, Dr Norilmi Amilia Ismail (dua kiri) mendengar penerangan daripada pelajar Tahun Tiga Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, A Vanmitha (kiri) mengenai roket dikenali ‘Hebat’ di USM Kampus Kejuruteraan di sini. Pasukan Wau Rocketry dari USM bakal membuat penampilan sulung dan menjadi wakil tunggal Malaysia ke Spaceport America Cup 2022 yang akan berlangsung pada 20 hingga 25 Jun di New Mexico, Amerika Syarikat (AS). - Foto DANIAL SAAD

Sumber : Berita Harian

 

 

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967