Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Info Lestari@PPKT: Jimatkan air ketika berwuduk.

Assalamualaikum dan Salam Kelestarian & Keceriaan,

wuduk

Berapakah jumlah liter air yang sepatutnya kita gunakan untuk menyempurnakan wuduk?

Adalah Rasulullah saw berwudhuk dengan satu Mud dan mandi dengan satu Sho' hingga lima Mud.
(HR Imam Bukhari : 201 dan Muslim : 325)

*Mud ialah cupak : ukuran untuk 1 cupak : 625 gram = 750 ml.
Sho' ialah gantang : ukurannya bersamaan dengan 4 cupak = 3 liter air.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya:
"Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?"
Saad bertanya:
"Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?"
Baginda SAW menjawab:
"Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir."
~HR Ahmad~

Ayuh amalkan wuduk tanpa pembaziran air. Mudah-mudahan terjauh dari amalan syaitan lantas mendekatkan kita dengan amalan Rasulullah.

TAHNIAH dan terima kasih kerana anda beriltizam mematuhi Garis Panduan Amalan Hijau PPKT. Teruskan amalan murni ini untuk kelestarian alam kita.
 
Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan.