Sistem Laporan Budaya Kerja Cemerlang
Sistem laporan budaya kerja cemerlang (BKC) dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Aplikasi PPKT Kampus Kejuruteraan dan telah mula digunakan di PPKT Kampus Kejuruteraan bermula Mac 2013. Sistem ini digunakan oleh Jawatankuasa Disiplin PPKT dalam memantau kehadiran, cuti kecemasan dan cuti sakit staf untuk memastikan penerapan budaya kerja yang cemerlang dapat dilaksanakan..
Produk ini dilengkapi dengan ciri-ciri :
- Memaparkan tarikh-tarikh penting seperti :
- Tempoh staf memasukkan alasan dalam Sistem Kehadiran Online Universiti
- Tempoh ketua bahagian meluluskan alasan tersebut
- Senarai kehadiran dikeluarkan dan disemak
- Tarikh Jawatankuasa Disiplin bersidang
- Memudahkan laporan BKC (Budaya Kerja Cemerlang) disediakan dengan mudah untuk pemantauan Ketua Jabatan dan Jawatankuasa Disiplin secara keseluruhan dan semua staf dapat melihat merit masing-masing sahaja.
- Surat tunjuk sebab dapatkan dikeluarkan terus oleh Setiausaha kepada staf yang melepasi merit yang ditetapkan sejurus selepas mesyuarat selesai.
- Jawapan surat tunjuk sebab juga dijawab melalui sistem ini dan Ketua Jabatan/ Jawatankuasa Disiplin dapat melihat dan meluluskan alasan tersebut jika munasabah.
- Statistik merit dan bilangan surat tunjuk sebab dapat dipantau dengan lebih mudah.
- Memaparkan rekod cuti kecemasan dan rekod cuti sakit staf dan jumlah terkumpul mengikut tahun
- Maklumat cuti pampasan/tanpa rekod dapat dimasukkan dan dipantau dengan mudah.
Nota : Penggunaan sistem ini adalah berpandukan kepada amalan di PPKT Kampus Kejuruteraan.
Produk ini menggunakan capaian Campus Online dan boleh dilayari oleh semua pengguna di peringkat PTJ.
Berminat menggunakan sistem ini di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut: