Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Info Lestari@PPKT: Tips Kelestarian di Pejabat Semasa Cuti Perayaan

Assalamualaikum dan Salam Kelestarian & Keceriaan,

switch off

Di musim perayaan ini marilah kita sama-sama mengamalkan tips-tips berikut untuk menjimatkan tenaga mengikut ruangan berikut:
  • Ruang Kerja/Bilik : Tutup semua suis peralatan elektrik seperti lampu, pendingin hawa, komputer, skrin komputer, pencetak, dan lain-lain.
  • Ruang Pejabat Am : Pastikan suis lampu, pendingin hawa, komputer kiosk, komputer di kaunter, TV LCD, mesin fotostat, pencetak dan sebagainya telah dipadamkan.
  • Pantri & Surau: Tutup suis ketuhar gelombang mikro, lampu, kipas, pendingin hawa dan  dan setkan tahap kesejukan yang paling minima untuk peti ais.
  • Tandas/Laluan : Pastikan semua suis ditutup sekiranya anda orang yang terakhir menggunakannya.
Selain menjimatkan tenaga, langkah ini juga penting demi keselamatan di tempat kerja seperti risiko kebakaran dan sebagainya.
 
Selamat bercuti dan bergembira di hari mulia.
 
TAHNIAH dan terima kasih kerana anda beriltizam mematuhi Garis Panduan Amalan Hijau PPKT. Teruskan amalan murni ini untuk kelestarian alam kita.
 
Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan.