Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Agihan Bubur Lambuk

image1
NIBONG TEBAL, 4 MEI 2021 (SELASA) - Bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan 1442 Hijrah, Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan aktiviti gotong-royong dan agihan bubur lambuk bertempat di Perkarangan Tapak Seksyen Infostruktur, PPKT Kampus Kejuruteraan. Aktiviti ini diadakan sempena menghayati kemuliaan Bulan Ramadhan sesama warga PPKT di samping berkongsi rezeki bersama ahli keluarga kelab.

image2
Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penasihat dan Encik Kusairay Bin Musa selaku Presiden Kelab PPKT Kampus Kejuruteraan telah mengetuai aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk. Antara juadah Iftar Ramadhan lain yang turut disediakan oleh Kelab PPKT Kampus Kejuruteraan adalah bihun goreng, kuih-muih dan juga minuman teh tarik.

Aktiviti gotong-royong bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang dengan pengagihan juadah kepada 34 orang staf PPKT Kampus Kejuruteraan.

Presiden Kelab PPKT Kampus Kejuruteraan menyifatkan aktiviti ini bukan sahaja dapat mengimarahkan Bulan Ramadhan, malah menjadi satu wadah dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staf PPKT Kampus Kejuruteraan.

Teks: Sharifah Shakila Md Saad
Foto: Mashithah Binti Md Hasim