SISTEM E-PILIH ONLINE 2023 - PEMILIHAN MPPUSM
MINDEN, 28 NOVEMBER 2023 (SELASA) – Pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2023/2024 telah berjalan dengan lancar. Kaedah pemilihan diadakan secara atas talian sepenuhnya yang dibangunkan oleh Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan. Sistem ini juga mendapat sokongan yang jitu daripada PPKT Kampus Induk dan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA).
Sistem ePilih dibuka bermula pada 8.30 pagi sehingga 4.30 petang kepada semua pemilih yang layak untuk memilih. Sebanyak 16,433 pelajar didaftarkan sebagai pemilih untuk Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa yang dilantik di kalangan pelajar.
Sebelum melaksanakan aktiviti pemilihan, pemilih boleh menyemak kelayakan pemilih dengan menggunakan Semakan Daftar Pemilih secara atas talian yang dibuka bermula jam 12 tengahari pada 22 November 2023. Semakan Daftar Pemilih memaparkan tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk memilih. Senarai calon bagi Konstituensi Umum dan Konstituensi Pusat Pengajian pemilih juga dipapar untuk pemilih melihat maklumat terperinci calon.
Setelah selesai pemilihan dijalankan, keputusan rasmi telah dapat diumumkan seawal jam 5.17 petang oleh Naib Canselor USM, Ybhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed. Diharap semoga kelancaran dan kejayaan pemilihan pada kali ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Jawatankuasa pelajar sedang menyemak sistem dan dipantau oleh Encik Ahmad Heidey Iskandar Bin Mohd Rayhan
Pengumuman rasmi keputusan oleh Naib Canselor USM, Ybhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed.