Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB PPKT KEJURUTERAAN

kelabPPKT family1

KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM, 6 JAN 2024 (SABTU) - Majlis Makan Malam Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah diadakan di Hotel The Grand Mulia. Acara bermula pada jam 7.45 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pengantin cilik dan pengiring beserta paluan kompang sebagai simbolik pembukaan majlis yang bertemakan “Majlis Kenduri Kahwin”. Tetamu yang datang diberi hadiah bunga telur dan gula-gula persis majlis sebenar.

Selesai pengantin cilik naik ke pelaminan, bacaan doa oleh Tuan Haji Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid pun dimulakan diikuti dengan selawat yang dialunkan oleh Encik Shamsul Azman Bin Ahmad. Selesai berselawat, majlis menjemput Presiden Kelab PPKT, Encik Mohamad Khairi Bin Osman untuk memberikan ucapan. Seterusnya, majlis menjemput pula Penasihat Kelab PPKT, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab untuk memberi ucapan dan menyempurnakan perasmian majlis.

Antara permainan yang dijalankan pada malam tersebut adalah teka bilangan kacang, kupas dan potong telur dan pencarian barangan yang sering dibawa ke majlis kenduri. Hari lahir ahli kelab dari bulan Jun sehingga Disember turut diraikan dengan pemberian hadiah dan acara memotong kek. Acara lain yang diadakan adalah cabutan bertuah dan anugerah pakaian mengikut tema tercantik.

Encik Mazlifendirizan mengucapkan tahniah kepada Kelab PPKT kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam pada tahun ini. Program seperti ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah semua ahli keluarga di pelbagai peringkat umur. Beliau berharap aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

kelabPPKT ajk

Barisan Ahli Jawatakuasa Majlis Makan Malam Kelab PPKT Kejuruteraan 2022/2023

kelabPPKT besday

Sambutan hari lahir ahli kelab dari bulan Jun sehingga Disember