Majlis Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Jadi 2024
3 Mei 2024 (Jumaat), Nibong Tebal - Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Jadi staf yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Pelbagai acara dijalankan sepanjang majilis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid disusuli dengan ucapan dari Presiden Kelab PPKT iaitu Encik Wan Ahmad Sarbini Bin Wan Mohd Ali. Seterusnya, majlis menjemput pula Penasihat Kelab PPKT, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab untuk memberi ucapan dan menyempurnakan perasmian majlis.
Antara acara yang dijalankan iaitu pemberian sumbangan kelab kepada staf yang melahirkan anak pertama iaitu Puan Fatin Syaheera Binti Mohd Shariff, staf yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang iaitu Puan Halimaton Ekmar Binti Abdul Hadi dan staf yang masuk hospital baru-baru ini iaitu Encik Sheikh Md Roshahidi Bin
Sheikh Daud dan Puan Mashithah Binti Md Hasim. Majlis disusuli dengan pemberian hadiah dan acara memotong kek bagi staf yang menyambut hari jadi pada bulan Januari hingga bulan Jun. Acara lain yang diadakan adalah pemberian duit raya, roda raya serta King dan Queen Raya. Tahniah kepada pemenang King dan Queen Raya iaitu Encik Mohd Khairi Bin Osman dan Puan Hafsah Binti Mohd Sahar@Zahar.
Acara seterusnya iaitu mengambil gambar raya di photobooth yang disediakan oleh Kelab PPKT 24/25 yang bertemakan klasik. Majlis diakhiri dengan pelbagai juadah disediakan secara ‘pot luck’ oleh ahli kelab PPKT dan juga sumbangan daripada jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis sambutan pada kali ini.
Sambutan Hari Lahir Perempuan.
Sambutan Hari Jadi Lelaki.
AJK Kelab PPKT Kejuruteraan Bersama 4 Orang Pelajar Praktikal.
Teks Disediakan oleh:
Shariza Binti Shaari
Foto: Rahmat Bin Mat Nayan