SEE IT FEEL IT DO IT 2018
NIBONG TEBAL, 4 NOVEMBER 2018 (AHAD) - SEE IT FEEL IT DO IT (SIFIDI) 2018 telah berlangsung pada 4-5 November 2018 di Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan selama dua hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Menurut pengarah projek, Puan Umul Hapsah Mohmad, seramai 46 orang pelajar sekolah rendah dan menengah rendah dari pelbagai sekolah dari kawasan sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah mengikut program ini.