Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

LAWATAN POLITEKNIK UNGKU OMAR KE PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN

pic 1
Nibong Tebal, 21 November 2016 – Politeknik Ungku Omar (PUO) telah mengadakan Lawatan Ilmiah Amalan Hijau Dan Kitar Semula ke  Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan, USM. Rombongan seramai 20 orang ini terdiri daripada barisan pensyarah di Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Timbalan Pengarah PPKT, Encik Mazlifendirizan Md Rejab mengalu-alukan hasrat PUO untuk saling berkongsi ilmu bagi mempertingkatkan usaha amalan hijau dan kitar semula di organisasi masing-masing. Pembentangan dimulakan dengan pengenalan kepada USM, Kampus Kejuruteraan dan PPKT sebagai penyedia perkhidmatan ICT. Seterusnya, beliau berkongsi iltizam dan komitmen USM dalam aspek kelestarian bermula seawal tahun 2000 sehinggalah ke hari ini. Antara program dan pencapaian USM yang telah dilaksanakan adalah pelancaran program Kampus Sejahtera, pengisytiharan USM sebagai Universiti Dalam Taman, perlantikan USM sebagai Pusat Kecemerlangan Wilayah bagi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari, penawaran program akademik, penerbitan dan konsultansi berkaitan kelestarian melalui penubuhan Pusat Kajian Kelestarian Global, mewujudkan Polisi Kelestarian USM 2014, serta penekanan aspek kelestarian dalam perancangan strategik USM saban tahun.

Read more …LAWATAN POLITEKNIK UNGKU OMAR KE PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN

Kajian Kepuasan Pelanggan (PPKT) / Customer Satisfaction Survey (PPKT)

gambar survey email

Pelanggan yang dihormati,

Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) dari semasa ke semasa mengadakan kaji selidik kepuasan pelanggan bagi mengukur keberkesanan sistem pengurusan kualiti dalam perkhidmatan yang diberikan. Sukacita kami berharap tuan/puan dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan yang disediakan.

Survey kepada kajian kepuasan ini boleh dicapai di alamat http://app.eng.usm.my/css/

Tarikh tutup penyertaan pada  15 Disember 2016.

Terima kasih atas kerjasama tuan/puan.


Dear Customers,

Centre for Knowledge, Communication & Technology (PPKT) from time to time provides customer satisfaction surveys to measure the effectiveness of the quality management system in the service provided. We hope you could spend a little time to answer the following questions.

Further information the survey can be accessed at http://app.eng.usm.my/css/

The survey will be closed at 15 December 2016.

Thank you for your kind cooperation.

LAWATAN KERJA PPKT KAMPUS KESIHATAN

IMG 0089
Nibong Tebal, 3 November 2016 – PPKT Kampus Kejuruteraan telah menerima kunjungan seramai 50 orang staf daripada PPKT Kampus Kesihatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusof.

Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan bagi mengeratkan hubungan dan pengkongsian ilmu di antara 2 kampus. Tetamu dihidangkan dengan taklimat dan pengkongsian ilmu  oleh Timbalan Pengarah, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab.  Tetamu juga dibawa untuk melawat ketiga-tiga seksyen yang ada di PPKT, Kampus Kejuruteraan iaitu Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia(SAWM), Seksyen Infostruktur dan Seksyen Korporat serta melawat Makmal Pengajaran dan Makmal Multimedia.

Read more …LAWATAN KERJA PPKT KAMPUS KESIHATAN

SISTEM E-PILIH PEMILIHAN MPPUSM

gambar 1
USM PULAU PINANG, 13 Oktober 2016 – Untuk pertama kalinya, pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2016/2017 telah menggunakan e-pilih yang dibangunkan oleh Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, PPKT, Kampus Kejuruteraan.

Aktiviti pemilihan bermula pada 8.30 pagi sehingga 5.00 petang yang melibatkan sembilan pusat pemilihan di enam lokasi iaitu empat di Kampus Induk Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan. Selain Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), aktiviti ini mendapat sokongan yang jitu daripada PPKT Induk, PPKT Cawangan, Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan, semua Desasiswa serta seluruh warga USM.

Read more …SISTEM E-PILIH PEMILIHAN MPPUSM

HARI BERSAMA PELANGGAN PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI(PPKT), USM, KAMPUS KEJURUTERAAN 2016

IMG 7674Nibong Tebal, 27 & 28 September 2016 – PPKT Kampus Kejuruteraan,  dengan kerjasama Perpustakaan Kejuruteraan telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di Ruang Legar (Tingkat Bawah), Perpustakaan Kejuruteraan bermula pada 9.00 pagi - 5.00 petang.

Aktiviti yang dijalankan  oleh PPKT  pada hari tersebut adalah seperti Perkhidmatan ‘Servisdesk@PPKT’, Pameran produk PPKT dan gerai jualan barangan ICT.

Aktiviti sebegini diharapkan dapat diteruskan lagi  bagi mendekatkan PPKT dengan warga USM,Kampus Kejuruteraan .

Read more …HARI BERSAMA PELANGGAN PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI(PPKT), USM, KAMPUS KEJURUTERAAN...