Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Jaringan Masyarakat

permatang pasir2
PERMATANG PASIR, 24 Ogos 2016 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan telah melaksanakan satu program jaringan masyarakat bertempat di Makmal PADI@SKPP (Pusat Akses Digital ICT) pada 24 Ogos 2016 bermula jam 2.00 petang.

Kursus ICT “Pengenalan kepada Microsoft Excel 2013” yang dilaksanakan pada hari tersebut telah dihadiri oleh 20 orang ahli Kelab Komputer SK Permatang Pasir. Tenaga pengajar pada hari tersebut adalah Puan Shariza Bt Sharuddin. Beliau berpengalaman dalam mengajar kursus ICT kepada kakitangan USM melebihi 5 tahun. Kursus tersebut telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali dan menggunakan Microsoft Excel untuk membina jadual, mengubah ciri jadual mengikut kesesuaian pilihan, mengenali fungsi pengiraan asas yang terdapat dalam perisian tersebut dan banyak lagi.

Read more …Program Jaringan Masyarakat

PPKT maju selangkah lagi ke arah penjimatan

artikel 1.8
1 April 2016, Penjimatan utiliti adalah alternatif Universiti dalam usaha menjimatkan perbelanjaan tahunan secara berhemah. Penjimatan yang dimaksudkan adalah penukaran talian terus faks kepada talian dalaman melalui perkhidmatan PABX. Perkhidmatan yang digunakan sebelum ini melibatkan kos langganan bulanan dan sewaan tetap talian.Oleh itu, bagi menyokong aspek penjimatan, PPKT mengambil inisiatif/langkah untuk menukar talian terus kepada talian dalaman PABX dengan memansuhkan kesemua kos yang berkaitan. Aktiviti ini melibatkan sebanyak 48 talian meliputi 26 Pusat Tanggugjawab (PTJ). Sepanjang aktiviti ini dijalankan, pelajar latihan industri juga turut dilibatkan bagi memberi pendedahan awal atau mempelajari dunia pekerjaan sebenar.

Read more …PPKT maju selangkah lagi ke arah penjimatan

Makmal Pengajaran PPKT Berwajah Baru

Makmal Wajah baru3

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, pihak PPKT Kejuruteraan telah mengambil satu inisiatif dengan menukar semua komputer baru di dalam Makmal Pengajaran.

Selari dengan misi PPKT iaitu berperanan sebagai pembekal perkhidmatan ICT yang kompeten dan berkesan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, sebanyak 125 unit komputer baru yang berkapasiti sederhana berjenama Acer telah dimuatkan ke dalam makmal tersebut.

Read more …Makmal Pengajaran PPKT Berwajah Baru

MENDIDIK GURU TADIKA CILIK IT

Kursus guru Tadika1

NIBONG TEBAL, 30 Januari 2016 – PPKT, Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Kursus Asas Microsoft Excel 2013 untuk guru-guru Tadika, Jabatan  Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Peserta kursus seramai 42 orang telah berjaya menghadiri kursus tersebut yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Tenaga pengajar yang mengendalikan kursus tersebut ialah  Puan Umul Hapsah binti Mohamad (Dip.(Comp.)(ITM),BSc.(Comp.)(UTM), MSc.(Comp.)(USM)) yang   berpengalaman lebih daripada 17 tahun  di dalam pengajaran.

Read more …MENDIDIK GURU TADIKA CILIK IT