Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Kemasukan Pelajar Baharu Sidang 2021/2022 ke USM Kampus Kejuruteraan

Img2
NIBONG TEBAL, 16 OKTOBER 2021 (SABTU) – Seramai 151 pelajar baharu telah melapor diri secara fizikal di USM Kampus Kejuruteraan. Pelajar baharu yang dibenarkan hadir secara fizikal ke kampus adalah mereka yang telah lengkap dua (2) dos vaksin dan telah melepasi tempoh keberkesanan vaksin (14 hari) seperti yang ditetapkan selepas suntikan dos kedua. Bagi mereka yang tidak mendapatkan vaksin kerana sebab kesihatan perlu mengemukakan surat pengesahan doktor perubatan dari hospital atau klinik kerajaan.

Read more …Kemasukan Pelajar Baharu Sidang 2021/2022 ke USM Kampus Kejuruteraan

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021

image2
NIBONG TEBAL, 4 OGOS 2021 (RABU) – Bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan aktiviti memasang bendera Malaysia di sekeliling bangunan PPKT.

Aktiviti ini diadakan sempena menghayati dan menanamkan semangat kemerdekaan dalam diri warga PPKT dan Kampus Kejuruteraan. Terima kasih Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi atas usaha ini.

Read more …Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021

Sumbangan Kepada Pelajar/Penghuni Desasiswa

NIBONG TEBAL, 16 JULAI 2021 (JUMAAT) - Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan kutipan sumbangan serendah RM10 untuk membantu pelajar/penghuni desa yang dilanda masalah kesempitan kewangan.

Pelanjutan tempoh PKP3.0 sedikit sebanyak memberi kesan pada semua pihak terutamanya pelajar/penghuni desasiswa. Dimaklumkan bahawa seramai 1000 penghuni desasiswa yang berada di dalam kampus pada ketika ini. Mereka tidak dapat bergerak bebas untuk mendapatkan keperluan harian dan turut berjauhan daripada keluarga masing-masing. Selain itu, mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan pengajian secara norma baharu.

Read more …Sumbangan Kepada Pelajar/Penghuni Desasiswa

Agihan Bubur Lambuk

image1
NIBONG TEBAL, 4 MEI 2021 (SELASA) - Bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan 1442 Hijrah, Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan aktiviti gotong-royong dan agihan bubur lambuk bertempat di Perkarangan Tapak Seksyen Infostruktur, PPKT Kampus Kejuruteraan. Aktiviti ini diadakan sempena menghayati kemuliaan Bulan Ramadhan sesama warga PPKT di samping berkongsi rezeki bersama ahli keluarga kelab.

Read more …Agihan Bubur Lambuk

Forum Santai: PdPR: Ok ke Tak?

Forum santai (3)
NIBONG TEBAL, 2 Apr 2021 – Satu Forum Santai yang bertajuk “PdPR: Ok ke Tak?” telah dianjurkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan pada 2 April 2021 jam 10 pagi.

Forum ini menampilkan Cikgu Rohani binti Md Nor dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya sebagai panel utama yang mewakili guru diikuti Prof Dr Mohd Azmier bin Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM Kampus Kejuruteraan sebagai wakil ibu bapa serta Muhammad Alif Fauzan bin Mohd Fauzie sebagai wakil pelajar. Forum ini turut diimbangi dengan En Mohd Kamil bin Ashar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM Kampus Kejuruteraan sebagai moderator forum.

Read more …Forum Santai: PdPR: Ok ke Tak?