• Dr Zhou Ye FRGS

  • Dr Ho FRGS

  • NPU 2024 Research and Insights camp

Penerima biasiswa Yang di-Pertuan Agong

biasiswa

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan nazrin Shah berkenan bergambar bersama penerima-penerima biasiswa Yang di-Pertuan Agong selepas Majlis Penganugerahan Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2019/2020 di Istana Negara hari ini.

 Tahniah daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan  Aeroangkasa kepada Mohd Afiq Farahi, bakal pelajar sarjana PPK Aeroangkasa dan akan memulakan penyelidikan di Makmal Sistem Angkasa.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan Bia siswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019 kepada 10 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini.

Kesemua penerima biasiswa itu dipilih oleh Jawatankuasa BYDPA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi serta sains dan teknologi di pelbagai universiti tempatan dan luar negara.

Enam yang menerima biasiswa bagi pengajian PhD ialah Saira Bannu Baharuddin, pelajar Geosains Petroleum di Imperial College London, United Kingdom; R. Harishini (Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM); Nur Liyana Mohammed Yusof (Sains Bioperubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Muhammad Ammar Muhammad Sani (Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Qistina Mohamad Ludin (Tenaga Keterbaharuan, UKM) dan Nik Syahirah Aliaa Nik Sharifulden (Kejuruteraan Biomedikal, USM).

Sementara itu, pelajar yang menerima biasiswa bagi pengajian Sarjana ialah Nurul Syuhadah Yakath Ali (Sains Kemasyarakatan (Ekonomi), USM); Ang Zi Qing (Matematik, USM); Muhammad Afiq Farahi Abd Rahim (Kejuruteraan Aeroangkasa, USM) dan Chow Yoke Yue (Sains Perubatan, UKM).

Sehingga kini, BYDPA telah menaja 161 pelajar, melibatkan 81 pelajar di peringkat PhD dan 80 pelajar di peringkat Sarjana sejak mula diperkenalkan pada 2006.

 

Ruj: https://www.sinarharian.com.my/article/35670/BERITA/Nasional/Sultan-Nazrin-kurnia-biasiswa-kepada-10-pelajar

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967