Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sdr. Purawin a/l Subramaniam yang telah dilantik menjadi Wakil Pelajar bagi Konstituensi Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa. PPKAe berharap agar Sdr. Purawin dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memikul amanah dengan jayanya sebagai wakil kepada pelajar. Pihak pengurusan PPKAe sentiasa bersedia meneliti dan memberikan respon demi kebaikan PPKAe.
PPKAe juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Sdri. Nur Hafizah Binti Kamal Azhar yang telah melaksanakan tugas dengan penuh amanah, cemerlang dan berdedikasi sepanjang menjawat jawatan sebagai Wakil Pelajar pada sidang yang lepas. Semoga pengalaman yang ditimba akan lebih mematangkan dan menjadikan beliau seorang yang pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.
17 September 2015 merupakan tarikh Pilihanraya Kampus Universiti Sains Malaysia yang bertujuan bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa turut terlibat dalam memilih calon bagi Konstituensi Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa. Pada hari ini bermula jam 8.30 pagi tadi pelajar-pelajar PPKAe mula hadir ke Bilik Seminar, Aras 1, PPKAe untuk membuang undi bagi memilih seorang calon yang berwibawa untuk menjadi Wakil Pelajar ke MPP dalam Konstituensi Pusat Pengajian. Buat pelajar-pelajar yang hadir mengundi, terutamanya bagi Tahun 1 yang baru pertama kali terlibat, jangan lupa membawa Kad Matrik dan Kad Pengenalan anda untuk memudahkan proses pengundian di jalankan.
Selamat Mengundi!!! Selamat Berjaya!!!
Pada 22 hingga 24 Ogos 2015, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah menganjurkan Bengkel Penulisan. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan semua peserta mampu untuk memahami dan seterusnya mengukuhkan pengetahuan peserta untuk menulis di dalam jurnal-jurnal akademik. Melalui penulisan di dalam jurnal ini pastinya KPI dan nama Pusat Pengajian mampu ditingkatkan.
Page 64 of 65
Contact Us
School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA
Main Office
Tel : +604-599 5901 | Fax: +604-599 6911
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967