Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN 2023

soalselidik23 pemenang

PPKT, 21 Disember 2023 - Tahniah dan terima kasih kepada pelanggan yang meluangkan masa untuk menjawab Soal Selidik Perkhidmatan Pelanggan, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan samada dalam talian,walk-in di kaunter ServisDesk@PPKT atau semasa Hari Bersama Pelanggan di Perpustakaan pada 8 dan 9 November 2023. Seramai 510 responden telah memberikan respon dan cadangan penambahbaikan untuk perkhidmatan PPKT di masa hadapan.

Sebagai tanda terima kasih, kami menjemput responden yang bertuah untuk menerima cenderahati kecil dari PPKT. Salah seorang daripada 10 orang bertuah yang memberi maklum balas secara dalam talian ialah Encik Mohammad Salehuddin bin Abdul Hamid dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Kami berharap anugerah ini akan menggalakkan lebih ramai responden untuk mengambil bahagian dalam Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PPKT akan datang.

SISTEM E-PILIH ONLINE 2023 - PEMILIHAN MPPUSM

epilih23 1

MINDEN, 28 NOVEMBER 2023 (SELASA) – Pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2023/2024 telah berjalan dengan lancar. Kaedah pemilihan diadakan secara atas talian sepenuhnya yang dibangunkan oleh Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan. Sistem ini juga mendapat sokongan yang jitu daripada PPKT Kampus Induk dan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA).

Sistem ePilih dibuka bermula pada 8.30 pagi sehingga 4.30 petang kepada semua pemilih yang layak untuk memilih. Sebanyak 16,433 pelajar didaftarkan sebagai pemilih untuk Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa yang dilantik di kalangan pelajar.

Sebelum melaksanakan aktiviti pemilihan, pemilih boleh menyemak kelayakan pemilih dengan menggunakan Semakan Daftar Pemilih secara atas talian yang dibuka bermula jam 12 tengahari pada 22 November 2023. Semakan Daftar Pemilih memaparkan tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk memilih. Senarai calon bagi Konstituensi Umum dan Konstituensi Pusat Pengajian pemilih juga dipapar untuk pemilih melihat maklumat terperinci calon.

Setelah selesai pemilihan dijalankan, keputusan rasmi telah dapat diumumkan seawal jam 5.17 petang oleh Naib Canselor USM, Ybhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed. Diharap semoga kelancaran dan kejayaan pemilihan pada kali ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

epilih23 Iskandar

Jawatankuasa pelajar sedang menyemak sistem dan dipantau oleh Encik Ahmad Heidey Iskandar Bin Mohd Rayhan

epilih23 VC

Pengumuman rasmi keputusan oleh Naib Canselor USM, Ybhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed.

 

Program Jaringan Khidmat Masyarakat PPKT di Mini Karnival Masjid Al-Irfan Permatang Pasir

i love masjid permatang pasir

Permatang Pasir, 10 Dis 2023 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah menyertai Mini Karnival Masjid Al-Irfan Permatang Pasir dengan mengadakan pameran berkaitan ICT bagi mendedahkan masyarakat kelililing dengan teknologi terkini berkaitan pencetak 3D, simulasi penerbangan dron, sistem akses pintu, kuiz ICT dan lain- lain.

Selain itu, aktiviti lain yang turut diadakan adalah penyampaian sumbangan komputer terpakai untuk kegunaan jemaah masjid dan bakal ditempatkan di makmal komputer yang telah dibina di perkarangan masjid tersebut.

Selain dari PPKT, agensi kerajaan yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan dan banyak lagi, Selain dari dapat menambah pengetahuan dan menangkap gambar di pameran berkaitan, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan yang diadakan seperti pertandingan memasak, mewarna, memanah dan treasure hunt. gerai-gerai jualan juga turut menyertai mini karnival ini dan memeriahkan lagi suasana seharian di Masjid Al-Irfan. Program yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Dengan adanya program jaringan khidmat masyarakat seperti ini, kami dari pihak PPKT berharap dapat memberikan sumbangan dari segi ilmiah dan juga lahiriah kepada masyarakat setempat.

 

i love masjid permatang pasir 3

i love masjid permatang pasir 2

Lawatan Dari Politeknik Balik Pulau ke PPKT Kampus Kejuruteraan

lawtan 1

6 Dis 2023 (Rabu), Nibong Tebal – Pada hari ini, PPKT Kampus Kejuruteraan telah menerima lawatan sambil belajar dari deligasi Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang seramai 17 pelajar dan 6 pensyarah. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah PPKT, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab dan taklimat berkaitan teknologi sidang video & demonstrasi kad pintar oleh Ketua Seksyen Infostruktur, Encik Mohamad Khairi Bin Osman.

Deligasi Politeknik Balik Pulau seterusnya dibawa melawat ke Makmal Pengajaran, Kaunter Servisdesk@PPKT-Eng, bilik operasi telefonis USM Kampus Kejuruteraan, Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia, Seksyen Infostruktur, bilik server dan Kedai PPKT.

PPKT Kampus Kejuruteraan mengharapkan pelajar-pelajar yang menghadiri lawatan ini dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi untuk kegunaan di masa hadapan.

lawatan Poli BP 2 2023

lawatan Poli BP 3 2023

lawatan Poli BP 4 2023

 lawatan Poli BP 2023

 

Pertandingan Kelestarian dan Keceriaan Bilik Gunasama Peringkat PPKT

pertandingan JKKK 2023

NIBONG TEBAL, 21 November 2023 – Pertandingan Keceriaan dan Kelestarian Bilik Gunasama peringkat Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Kampus Kejuruteraan (PPKT) telah diadakan dengan jayanya. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Keceriaan dan Kelestarian PPKT.

Program ini melibatkan semua bilik gunasama yang terdapat di PPKT. Terdapat empat kumpulan yang bertanding iaitu Pejabat Timbalan Pengarah, Seksyen Korporat, Seksyen Infostruktur dan Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia. Program ini bermula dari 16 Jun sehingga 21 November 2023 untuk memberi ruang dan masa kepada setiap seksyen melaksanakan aktiviti yang difikirkan sesuai dan menyerlahkan kreativiti mendekorasi tempat masing-masing mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pertandingan tersebut telah diadili oleh Profesor Madya Dr. Mohd Remy Rozainy Bin Mohd Arif Zainol, Pengerusi Kelestarian Kampus Kejuruteraan sebagai ketua juri. Beliau dibantu oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kejuruteraan dan Encik Mohammad Faizal Bin Abu Bakar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Tahniah diucapkan kepada Seksyen Infostruktur yang telah memenangi pertandingan tersebut. Pemenang penerima hadiah berupa baucar bernilai RM100 manakala seksyen lain mendapat hadiah saguhati berupa baucar RM50. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan kepada para pemenang semasa menghadiri Makmal Strategik PPKT 2024 yang diadakan di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai. Syabas juga diucapkan kepada semua staf PPKT kerana bersemangat menjayakan program ini.

pertandingan JKKK 2 2023Poster Pertandingan Kelestarian dan Keceriaan PPKT

 

pertandingan JKKK 3 2023