Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Sistem Selfuploadphoto

sistem selfuploadSistem selfuploadphoto (usmsmart.usm.my) dibangunkan bertujuan memudahkan para pelajar baharu memuatnaik sendiri gambar berukuran kad pengenalan ke dalam sistem untuk pengesahan dan proses cetakan kad pintar serta sebagai identiti rasmi campusonline. Selain itu, sistem ini juga dapat membantu pihak universiti mempercepatkan proses cetakan awal kad pintar untuk diserahkan setibanya mereka mendaftar diri sebagai pelajar USM yang baharu.

Dengan menggunakan pendekatan sistem ini, Unit Kad Pintar PPKT dapat menjimatkan kos penyelenggaraan kamera dan peralatan yang terlibat. Pada masa yang sama, Unit tersebut juga dapat menjimatkan masa mengambil gambar bagi pelajar-pelajar baharu yang tidak sempat memuatnaik dan tidak mematuhi syarat apabila sistem ini dibuka.

Keistimewaan sistem ini adalah membenarkan gambar boleh disunting, mengesan rupa wajah, dan mengecilkan gambar secara automatik apabila dimuatnaik.

Fungsi dan ciri:
1. Modul memuatnaik gambar sendiri untuk pelajar baru.
2. Modul pengesahan digunakan untuk mengesahkan bahawa gambar yang dimuatnaikan mengikut syarat yang ditetapkan.
3. Modul cetakan bertujuan menyenaraikan gambar yang memenuhi syarat dan mengikut template dan format printer yang dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui kaedah berikut: