Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

FAQ Servisdesk@PPKTEng

Perisian

  1. Soalan: Bagaimanakah caranya saya selaku warga USM ingin melihat senarai perisian berlesen yang layak dan boleh digunakan ?
    Jawapan: Senarai perisian yang layak digunakan boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi PPKT di https://ppkt.eng.usm.my. Selaku staf klik menu STAF > Perisian Staf. Selaku pelajar klik menu PELAJAR > Perisian Pelajar.

  2. Soalan: Sekiranya saya ada masalah ketika atau selepas download perisian tertentu, dengan siapa saya perlu hubungi?
    Jawapan: Sila ke kaunter ServisDesk@PPKT pada waktu pejabat untuk bantuan dan keterangan lanjut mengenai perisian.

Shortcut

  1. Soalan: Bagaimana cara untuk membuat shortcut laman web di desktop?
    Jawapan: Sila pilih tab History dan drag URL yang berkaitan ke desktop.

Kata Laluan

  1. Soalan: Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan CampusOnline?
    Jawapan: Sila hubungi Servisdesk@PPKT-ENG di talian 04-5995333 atau terus ke kaunter Servisdesk@PPKT-ENG.

  2. Soalan: Saya terlupa kata laluan untuk login ke laman web, siapa patut saya hubungi?
    Jawapan: Sila hantar emel kepada En Amir (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau En. Kamal (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk bantuan.

  3. Soalan: Bagaimana cara untuk membuat aduan jika tiada talian internet USMNET?
    Jawapan: Pelanggan boleh membuat aduan dengan cara seperti berikut:-
    a) Menghubungi talian Servisdesk@PPKT 04-5995333
    b) Hadir ke kaunter Servisdesk@PPKT

Emel

  1. Soalan: Mengapa saya tidak boleh login emel usm.my saya sedangkan sebelum ini tiada masalah?
    Jawapan:
    a) Sila 'clear history' browser dan restart PC anda.
    b) Jika tidak berjaya, staf boleh membuat aduan di laman web: sd.usm.my

Smart Card

  1. Soalan: Apakah yang perlu saya lakukan apabila mendapat Smart Card  baharu?
    Jawapan: Setelah mendapat Smart Card  baharu dari Jabatan Pendaftar, pengguna hendaklah
    a) Membawa Smart Card  tersebut ke PPKT untuk diaktifkan (palang pintu USM, akses pintu PTJ)
    b} Membawa Smart Card  tersebut ke Perpustakaan untuk diaktifkan bagi kegunaan di Perpustakaan

  2. Soalan: Apa yang perlu saya lakukan untuk akses ke bilik atau makmal tertentu?
    Jawapan: Pemohon perlu mendapatkan surat/borang kebenaran daripada penyelia bilik/makmal dan hantar kepada kaunter Servisdesk@PPKT-ENG untuk tindakan selanjutnya

  3. Soalan:Apa yang perlu dilakukan sekiranya Smart Card  saya hilang?
    Jawapan: Pengguna perlulah membuat laporan kepada Jabatan Keselamatan, dan bawa laporan tersebut ke Jabatan Pendaftar untuk persediaan mengambil gambar.
    *Untuk makluman, sekiranya kad hilang, denda akan dikenakan tetapi denda tidak akan dikenakan sekiranya kad rosak.

  4. Soalan: Siapa yang pemberi perkhidmatan yang berkaitan dengan Kad Matrik? PPKT atau Jabatan Pendaftar?
    Jawapan: Jabatan Pendaftar terlibat dengan proses pengeluaran dan pencetakan kad (print kad) manakala PPKT bertanggungjawab untuk proses pengaktifan kad untuk penggunaan palang, akses pintu dan sistem kehadiran online.

  5. Soalan: Saya merupakan kakitangan/pelajar Kampus Induk tetapi mempunyai keperluan untuk mengakses palang atau pintu di Kampus Kejuruteraan. Apa yang perlu saya lakukan?
    Jawapan: Boleh, tetapi anda perlu membawa kad pintar anda ke Kaunter ServisDesk dan maklumkan hal yang sebenar.

Sistem USM

  1. Soalan: Bagaimana untuk memohon sistem yang digunapakai di USM?
    Jawapan: Sila pohon melalui Sistem Servisdesk@PPKTEng (sd.usm.my). Klik pada Menu Bantuan Perkhidmatan (Produk Aplikasi), pilih Sistem, nyatakan jenis perkhidmatan dan masukkan butiran permohonan.

  2. Soalan: Mengapa saya tidak boleh membuat capaian ke sistem smuppeng?
    Jawapan: Perlu pilih ‘Use a different account’ dan masukkan id dan password capaian ke server.
    smupeng1

  3. Soalan: Bagaimana untuk mendaftar id staf yang hendak menggunakan sistem smuppeng?
    Jawapan: Sila hubungi PPKT Kampus Induk – Seksyen Aplikasi atau 04-6534440.

Sidang Video

  1. Soalan: Adakah PPKT menawarkan perkhidmatan sidang video menggunakan Skype?
    Jawapan: Tidak

  2. Soalan: Apakah maklumat yang diperlukan utk memohon perkhidmatan sidang video di PPKT?
    Jawapan:
    a) Permohonan melalui Sistem Servisdesk@PPKT-ENG (sd.usm.my)
    b) Lokasi/destinasi sidang video (dalam dan luar negara)
    c) Maklumat asas tentang sistem/peralatan destinasi
    • Jenis/model peralatan sidang video (Cisco, Pollycom, Sony etc)
    • No IP untuk destinasi (public/local)

  3. Soalan: Jika saya mempunyai masalah WEBEX dengan siapa saya perlu hubungi?
    Jawapan: Sila buka log tiket di sd.usm.my/ppkt atau hubungi kaunter Servisdesk di talian 04-5995333.

Sistem Palang

  1. Soalan: Mengapa pengguna tidak dapat menggunakan sistem palang?
    Jawapan: Semakan harus dilakukan terlebih dahulu samada masalah berpunca dari kegagalan keseluruhan sistem atau masalah pada kad pengguna sahaja.Semakan pada sistem harus dilakukan untuk memastikan pengguna telah diberi access untuk menggunakan palang.

  2. Soalan: Siapakah yang diberi kebenaran untuk menggunakan sistem palang?
    Jawapan: Kesemua warga USM Kejuruteraan yang terkandung maklumatnya dalam database USM diberi kebenaran untuk menggunakan sistem palang.

  3. Soalan: Berapa lamakah masa diambil untuk mengaktifkan pengguna kepada sistem palang?
    Jawapan: Masa yang diambil setelah mengaktifkan pengguna ke dalam sistem kira-kira 3 jam untuk sampai kepada contoller palang bergantung kepada transaction penghantaran data sistem tersebut.

  4. Soalan: Mengapakah sistem palang tidak aktif seperti masa yang ditetapkan?
    Jawapan: Palang diaktifkan secara manual oleh Pengawal Jabatan Keselamatan. Sekiranya palang telah diaktifkan, tetapi palang tidak beroperasi, ini bererti terdapat kegagalan pada sistem palang tersebut.

Laman Web

  1. Soalan: Bagaimana caranya untuk memohon tapak laman web di PPKT?
    Jawapan: Sila kemukakan permohonan melalui sistem ServisDesk@PPKTEng, pilih menu 'Daftar Tiket' -> Permohonan Perkhidmatan -> Tapak Web

  2. Soalan: Setelah permohonan laman web secara online dibuat, adakah ianya perlu pengesahan dekan/ketua jabatan?
    Jawapan: Ya, borang permohonan bercetak yang lengkap dengan pengesahan dekan / ketua jabatan sahaja akan diproses. Sila hantar borang tersebut ke kaunter ServisDesk@PPKTEng.

  3. Soalan: Laman web dalam domain eng.usm.my tidak boleh diakses, siapa patut saya hubungi?
    Jawapan: Sila daftar tiket aduan melalui sistem ServisDesk@PPKTEng.

  4. Soalan: Bolehkah saya menggunakan Joomla atau Wordpress untuk laman web?
    Jawapan: Ya, boleh

Sewaan Makmal Komputer

  1. Soalan: Bagaimana untuk membuat tempahan makmal komputer?
    Jawapan: Sila daftar tiket melalui Sistem Servisdesk@PPKTEng dan pilih Permohonan Perkhidmatan. Kemudian di bawah Tempahan Kemudahan, sila pilih makmal yang diperlukan.

  2. Soalan: Berapakah bayaran sewaan makmal komputer yang dikenakan oleh pihak PPKT?
    Jawapan: Sila rujuk kaunter Servisdesk@PPKTENG di talian 04-5995333.

Telesidang

  1. Soalan: Saya ingin membuat tempahan telesidang. Bagaimanakah caranya untuk membuat tempahan telesidang?
    Jawapan: Tempahan telesidang boleh dibuat melalui petugas kaunter ServisDesk di hotline kami iaitu 04-5995333 atau boleh layari sistem ServisDesk dengan cara daftar tiket dan seterusnya memilih borang permohonan perkhidmatan untuk tempahan telesidang.

WiFi

  1. Soalan: Saya pelajar/staf Universiti Sains Malaysia yang menghadapi masalah tidak dapat sambungan Wifi USM walaupun telah beberapa kali mencuba. Apa yang saya perlu lakukan?
    Jawapan: Pastikan anda mempunyai emel rasmi USM. Sila gunakan signal USMSecure. Panduan pendaftaran wireless boleh dilayari di laman web PPKT ENG.

LAN

  1. Soalan: Saya menggunakan sambungan kabel LAN pada komputer/laptop untuk capaian internet tetapi ikon rangkaian memaparkan notifikasi limited connection dan masih tidak boleh akses ke internet?
    Jawapan: Sila periksa sambungan kabel daripada komputer/laptop ke port Ethernet supaya berada dalam keadaan baik dan sempurna (tidak longgar). Masalah ini juga boleh disebabkan oleh penggunaan kabel Ethernet yang berkualiti rendah yang menyebabkan sambungan tidak stabil. Tukar kepada kabel yang berkualiti dan cuba buat semula sambungan. Jika masalah masih berterusan hubungi pihak Servisdesk untuk bantuan teknikal.

  2. Soalan: Saya mempunyai 2 orang rakan sebilik yang perlu menggunakan sambungan LAN bagi capaian internet, tetapi terdapat hanya satu port Ethernet disediakan pada setiap bilik di desasiswa. Bolehkah saya mengunakan Ethernet router bagi tujuan tersebut?
    Jawapan: Tidak boleh. Pihak PPKT hanya membenarkan penggunaan alatan tambahan Switch Hub bagi membolehkan sambungan LAN kepada 2 orang rakan sebilik yang memerlukan. Hubungi pihak Kedai PPKT di talian Whatsapp 04-5995318 bagi spesifikasi Switch Hub yang dibenarkan.

Klinik PC

  1. Soalan: Adakah komputer bukan milik PPKT boleh dihantar ke Klinik PC PPKT?
    Jawapan: Boleh tetapi pembayaran perkhidmatan yang berpatutan akan dikenakan (Kedai PPKT). 

Berkaitan Persaraan

  1. Soalan: Saya telah bersara sebulan yang lalu. Apa perlu saya lakukan sekiranya emel saya masih aktif?
    Jawapan: Mohon hubungi ServisDesk@PPKT-ENG di talian 04-5335333 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tindakan selanjutnya.

  2. Soalan: Saya telah bersara melebihi sebulan. Bagaimana jika saya masih perlu menggunakan akaun emel saya?
    Jawapan: Sila emel kepada Pengarah PPKT dan cc kepada Pegawai Keselamatan ICT PPKT, Encik Khairil Anwar Bin Jusuh untuk membuat permohonan melanjutkan penggunaan akaun emel tersebut.

  3. Soalan: Saya akan bersara dan bagaimanakah komputer yang telah saya pinjam dari PPKT dahulu?
    Jawapan: Set komputer tersebut perlu dipulangkan ke PPKT sebelum meninggalkan USM. Mohon hubungi ServisDesk@PPKT-ENG di talian 04-5335333 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tindakan selanjutnya.

  4. Soalan: Berapa lamakah tempoh campusonline akan kekal aktif selepas staf bersara?
    Jawapan: Akaun CampusOnline akan ditamatkan selepas SEBULAN tempoh persaraan.


Lain - lain

  1. Soalan: Bagaimanakah cara untuk kami dapatkan nombor telefon person incharge jika aktiviti dijalankan pada waktu hujung minggu (staf tidak bekerja)?
    Jawapan: Sila hubungi talian 04-5995333 bagi mendapatkan bantuan dari kakitangan yang standby Sabtu – Ahad (8am – 10pm).

  2. Soalan: Bagaimanakah cara untuk membuat pinjaman komputer baru?
    Jawapan: Pinjaman komputer baru (kakitangan bukan akademik) boleh dibuat melalui Sistem Servisdesk dengan cara daftar tiket - Pilih borang permohonan perkhidmatan - Permohonan Komputer Tetap. Borang yang telah siap diisi perlu dicetak dan dapatkan pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing dan borang yang telah lengkap perlu dihantar ke kaunter ServisDesk PPKT Kampus Kejuruteraan. Bagi kakitangan akademik sila rujuk berkaitan Geran Komputer Staf Akademik.

  3. Soalan: Saya akan berpencen, perlukah saya memulangkan semula komputer dan laptop kepada PPKT?
    Jawapan: Ya, komputer / laptop perlu dipulangkan sebelum/ pada hari terakhir perkhidmatan.
  4.