Rangkaian
Sistem rangkaian utama (USMNet) untuk Kampus Kejuruteraan menggunakan sambungan ‘fiber-optic’ 10GBps bagi setiap sambungan ‘distribution switch’ dan pengguna akan membuat sambungan melalui kaedah ‘Ethernet’.
Antara fakta-fakta menarik:
- 40 Gbps antara Core backbone
- 10 Gbps x 2 dari Distribution ke Core Backbone
- 1 Gbps dari Faculty/Dept Access ke Distribution Backbone
- 10 Gbps dari Core ke Gateway switch
- 1 Gbps Access switch kepada pengguna
Kemudahan capaian internet terkini telah dinaiktaraf pada pertengahan tahun 2023 daripada talian Dome 1 Gbps kepada talian Dome 2Gbps disebabkan perkembangan teknologi serta penggunaan internet semakin meluas. Talian antara kampus juga dinaiktaraf daripada 100Mbps ke IPME 300Mbps bagi setiap kampus cawangan.
Perkhidmatan rangkaian merangkumi LAN (Local Area Network), WAN (Wide Area Network), DNS Registration, Pengurusan Pelayan dan khidmat nasihat kepada pengguna. Antara produk yang ditawarkan ialah permohonan nod rangkaian, perkhidmatan wireless serta akses Internet bagi tujuan majlis-majlis tertentu.
Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:
- Talian ServisDesk@PPKT-ENG sambungan 5333, 04-5995333 ATAU
- Sistem ServisDesk@PPKT-ENG di alamat https://sd.usm.my/ppkt , ATAU
- Emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , ATAU - Datang ke Kaunter ServisDesk@PPKT-ENG di alamat PPKT, USM Kampus Kejuruteraan, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang