Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Komputer & Perisian

KEMUDAHAN KOMPUTER

Sebagai penyedia perkhidmatan ICT, PPKT tidak terkecuali dalam menyediakan kemudahan komputer dan perisian untuk kegunaan staf dan pelajar yang berkhidmat dan belajar di USM.

PPKT menyediakan kemudahan pinjaman komputer jangka panjang dan jangka pendek khusus untuk kegunaan staf dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti universiti.

Pinjaman jangka panjang

Terbuka kepada staf yang berkhidmat dalam USM. Komputer boleh dipohon dengan melayari portal http://servisdesk.eng.usm.my/ppkt. Keutamaan adalah diberikan kepada staf dalam kumpulan Akademik serta Pengurusan & Profesional. Spesifikasi komputer yang dibekalkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Staf yang berubah tempat tugas atau tamat perkhidmatan mesti memulangkan komputer yang dipinjam dalam keadaan baik.

Pinjaman jangka pendek

Terbuka kepada staf dan pelajar yang bekhidmat dan belajar dalam USM untuk kegunaan program, aktiviti dan sebagainya. Pinjaman ini tertakluk kepada jumlah komputer yang ada dan mempunyai satu jangka masa untuk dipulangkan iaitu maksimum selama sebulan. Permohonan boleh dibuat melalui http://servisdesk.eng.usm.my/ppkt.

Perkhidmatan Baikpulih Komputer

PPKT juga menyediakan perkhidmatan baikpulih komputer khusus untuk komputer yang dibekalkan oleh PPKT sahaja. Untuk membuat aduan tentang kerosakan komputer, sila masukkan aduan di http://servisdesk.eng.usm.my/ppkt. Bagi komputer yang bukan dibekalkan oleh PPKT, pihak PPKT

 


KEMUDAHAN PERISIAN

Sebagai sebuah penyedia perkhidmatan ICT, PPKT menyediakan perisian berlesen untuk pengajaran dan pembelajaran serta kegunaan pengurusan operasi seharian. Perisian berlesen ini terbuka kepada staf dan pelajar yang berkhidmat dan belajar di USM. Bagi perisian untuk pengajaran dan pembelajaran, maklumat untuk memuaturun boleh didapatkan dari sini. Bagi perisian lain, pengguna boleh datang sendiri ke PPKT dengan membawa komputer masing-masing untuk dimasukkan perisian yang diperlukan.





Untuk sebarang masalah, hubungi kami melalui kaedah berikut: