Info Lestari@PPKT: What does a screensaver save your screen from?
Assalamualaikum dan Salam Kelestarian & Keceriaan,
Seringkali kita membiarkan skrin komputer kita memaparkan grafik dan animasi dari kemudahan "screensaver" yang ada di komputer kita. Namun pernahkah kita terfikir asal usul perkataan "screensaver" ini? Apa yang ingin diselamatkan sebenarnya?
Tahukah anda pada ketika dahulu, kebanyakan komputer menggunakan skrin jenis CRT & Plasma dan "screensaver" merupakan sebuah program yang dicipta bertujuan untuk mencegah berlakunya pembakaran fosfor dari dalam skrin kita. Jika komputer dengan paparan grafik ditinggalkan pada masa yang lama, cahaya akan membakar skrin dan mengakibatkan kerosakan kekal.
Namun dengan kehadiran teknologi baru seperti LCD, "screensaver" sudah tidak releven lagi. Ia lebih kepada tujuan perhiasan dan keselamatan peribadi (skrin dengan katalaluan).
Untuk menjimatkan penggunaan tenaga di pejabat, ketika anda ingin meninggalkan komputer dalam masa yang singkat seperti keluar rehat tengah hari, sila tutup paparan skrin anda dengan menekan suis tenaganya. Tindakan bijak anda ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga di USM dan membantu menyelamatkan bumi kita.
TAHNIAH dan terima kasih kerana anda telah pun mematuhi Garis Panduan Amalan Hijau PPKT. Teruskan amalan murni ini untuk kelestarian alam kita.
Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan