Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Kemudahan pelajar diberi keutamaan

desa4new

USM memandang serius kemudahan yang ditawarkan kepada pelajar terutama perkhidmatan rangkaian kerana ia merupakan faktor utama membentuk graduan yang bermutu serta berdaya saing. Hasil kajian soal selidik dari penghuni Desasiswa Utama mendapati perkhidmatan rangkaian di desasiswa utama yang hanya dibekalkan hubungan rangkaian tanpa wayar agak menyukarkan pelajar untuk menyiapkan tugasan serta membuat rujukan untuk subjek yang dipelajari. PPKT terpanggil untuk menyediakan rangkaian berwayar di setiap kediaman pelajar di Desasiswa Utama.

PPKT memperuntukan sebanyak 252 nod rangkaian bagi merangkumi semua bilik di Desasiswa Utama dan 11 unit access switch bagi menyambungkan rangkaian baharu dengan rangkaian sedia ada. Satu jumlah yang agak besar telah dibelanjakan bagi memberi kemudahan yang terbaik untuk pelajar di Desasiswa Utama kursusnya. PPKT menganggarkan pada penghujung Januari 2016 semua penghuni dapat menggunakan kemudahan tambahan ini.