bengkel ‘TRAINING FOR TRANERS’
NIBONG TEBAL, 3 Ogos 2016 – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi Kampus Kejuruteraan (PPKT) telah menganjurkan bengkel ‘TRAINING FOR TRANERS’ pada 3 Ogos 2016 yang lalu di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM Kampus Kejuruteraan.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kemahiran asas kepada Tenaga Pengajar yang terlibat dalam latihan/pengajaran Kursus ICT yang akan diadakan di PPKT dan peserta yang menghadiri kursus terdiri daripada staf Induk, IPPT dan Kampus Kejuruteraan. Penceramah jemputan yang pakar di dalam bidang pengajaran, Profesor Dr. Irfan Naufal Umar dari Pusat Teknologi Pengajarandan Multimedia, Universiti Sains Malaysia telah dijemput sebagai tenaga pengajar. Peserta telah diberikan pendedahan kemahiran asas bagaimana untuk menganalisis, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai keberkesanan latihan (analyze, design, develop, implement and evaluate (ADDIE)).
Bengkel ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada tenaga pengajar tentang kemahiran bagi menghasilkan latihan yang berkesan.
Teks: Umul Hapsah Mohamad
Gambar : Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud