HARI BERSAMA PELANGGAN PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI(PPKT), USM, KAMPUS KEJURUTERAAN 2016
Nibong Tebal, 27 & 28 September 2016 – PPKT Kampus Kejuruteraan, dengan kerjasama Perpustakaan Kejuruteraan telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di Ruang Legar (Tingkat Bawah), Perpustakaan Kejuruteraan bermula pada 9.00 pagi - 5.00 petang.
Aktiviti yang dijalankan oleh PPKT pada hari tersebut adalah seperti Perkhidmatan ‘Servisdesk@PPKT’, Pameran produk PPKT dan gerai jualan barangan ICT.
Aktiviti sebegini diharapkan dapat diteruskan lagi bagi mendekatkan PPKT dengan warga USM,Kampus Kejuruteraan .