Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

LAWATAN KERJA PPKT KAMPUS KESIHATAN

IMG 0089
Nibong Tebal, 3 November 2016 – PPKT Kampus Kejuruteraan telah menerima kunjungan seramai 50 orang staf daripada PPKT Kampus Kesihatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusof.

Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan bagi mengeratkan hubungan dan pengkongsian ilmu di antara 2 kampus. Tetamu dihidangkan dengan taklimat dan pengkongsian ilmu  oleh Timbalan Pengarah, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab.  Tetamu juga dibawa untuk melawat ketiga-tiga seksyen yang ada di PPKT, Kampus Kejuruteraan iaitu Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia(SAWM), Seksyen Infostruktur dan Seksyen Korporat serta melawat Makmal Pengajaran dan Makmal Multimedia.

Pada sebelah petangnya, tetamu dibawa menaiki bas untuk melawat ke tiga-tiga sempadan iaitu Bandar Baharu, Nibong Tebal dan Parit Buntar. Majlis diakhiri dengan pertukaran cendermata di antara kedua-dua Timbalan Pengarah.

Diharapkan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan kerjasama di antara ke dua-dua kampus bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

IMG 0096
IMG 0113
IMG 0136
IMG 0219
IMG 0254

Teks: Shariza binti Shaari
Foto :Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud