Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

LAWATAN POLITEKNIK UNGKU OMAR KE PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN

pic 1
Nibong Tebal, 21 November 2016 – Politeknik Ungku Omar (PUO) telah mengadakan Lawatan Ilmiah Amalan Hijau Dan Kitar Semula ke  Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan, USM. Rombongan seramai 20 orang ini terdiri daripada barisan pensyarah di Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Timbalan Pengarah PPKT, Encik Mazlifendirizan Md Rejab mengalu-alukan hasrat PUO untuk saling berkongsi ilmu bagi mempertingkatkan usaha amalan hijau dan kitar semula di organisasi masing-masing. Pembentangan dimulakan dengan pengenalan kepada USM, Kampus Kejuruteraan dan PPKT sebagai penyedia perkhidmatan ICT. Seterusnya, beliau berkongsi iltizam dan komitmen USM dalam aspek kelestarian bermula seawal tahun 2000 sehinggalah ke hari ini. Antara program dan pencapaian USM yang telah dilaksanakan adalah pelancaran program Kampus Sejahtera, pengisytiharan USM sebagai Universiti Dalam Taman, perlantikan USM sebagai Pusat Kecemerlangan Wilayah bagi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari, penawaran program akademik, penerbitan dan konsultansi berkaitan kelestarian melalui penubuhan Pusat Kajian Kelestarian Global, mewujudkan Polisi Kelestarian USM 2014, serta penekanan aspek kelestarian dalam perancangan strategik USM saban tahun.

pic 2PPKT di peringkat jabatan sendiri turut mengambil inisiatif dalam memberi sumbangan kepada agenda kelestarian di USM melalui penubuhan Jawatankuasa Keceriaan & Kelestarian, mewujudkan Garis Panduan Amalan Hijau, kempen kecekapan tenaga, program kesedaran kecekapan tenaga, audit kecekapan tenaga, aktiviti kitar semula, sudut tanaman herba, set tanaman hidroponik, konsolidasi pelayan menggunakan kaedah VM, penggunaan telesidang bagi mengurangkan penggunaan pengangkutan serta penggunaan sistem-sistem automasi bagi mengurangkan penggunaan kertas.

Beliau turut berkongsi amalan Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau yang dilaksanakan oleh Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), BIOECODS: Sistem Saliran Lestari USM yang dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) dan Sistem Penghawa dingin jimat tenaga oleh Jabatan Pembangunan.

 Program disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada ketua delegali PUO, lawatan di sekitar PPKT dan sesi fotografi.

pic 3pic 4

pic 5pic 6

Teks: Pn.Salina Abdul Samat
Foto: En.Sheikh Md Roshahidi  Sheikh Daud