PPKT perkukuh perkhidmatan yang disediakan
Ahad 19 Februari, Kesenambungan perkhidmatan PPKT yang merangkumi Rangkaian USMNet dan Pusat Data diberi nafas baru menerusi projek menaik taraf punca bekalan kuasa/janakuasa sokongan iaitu Generator Set (Genset).
Kerja menaik taraf berperingkat ini sudah bermula sejak 2016 dengan penambahan uninterruptible power supply (UPS) untuk Pusat Data. Walaubagaimanapun, UPS ini tidak dapat menampung bekalan elektrik untuk keseluruhan operasi harian PPKT.
Secara holistiknya, inisiatif ini menjadi pelengkap perkhidmatan yang ditawarkan dengan matlamat peningkatan servis sepanjang masa untuk menjamin keselesaan pengguna.
Kerja-kerja naik taraf ini membuktikan komitmen PPKT dalam memperkukuhkan lagi perkhidmatan infrastruktur yang disediakan.
Kerja-kerja ubahsuai dan proses penyambungan bekalan kuasa Genset kepada bekalan kuasa di Pusat Data dan Bilik Switch Utama PPKT mengambil masa selama 10 jam dengan mengambilkira tempoh pengujian Genset dan operasi.
Jabatan Pembangunan dan Kontraktor berperanan sebagai pemudah cara dan membekalkan kepakaran dalam menaik taraf sokongan janakuasa elektrik di PPKT.
PPKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pengguna yang memberi kerjasama dan bersabar sepanjang gangguan ini. Walaubagaimanapun, kesulitan hari ini adalah untuk jaminan keselesaan di hari esok.
Pihak PPKT mengharapkan usaha ini memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang disediakan khusus untuk warga USM.
Teks: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud