Pemenang Kajian Kepuasan Pelanggan PPKT 2016
PPKT, 23 Febuari 2017 - Buat pertama kalinya Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) mengambil inisiatif baru menjemput pemenang hadiah yang menjawab kajian Kepuasan Pelanggan ke PPKT untuk sesi fotografi. Sesi fotografi ini bertujuan untuk menghargai pelanggan yang telah meluangkan masa untuk menjawab Kajian kepuasan Pelanggan PPKT. Responden hadiah misteri bertuah yang ke-222 ialah Wong Jen Nyap dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Sesi ini telah dijalankan di Kaunter Perkhidmatan Servisdesk PPKT. Hadiah telah di sampaikan oleh Pn. Salina Binti Abdul Samat mewakili Tn. Haji Fadzil Bin Saidin selaku Timbalan Pengarah PPKT.
Tahniah kepada pemenang. Diharap dengan inisiatif baru ini menarik lebih ramai lagi responden untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan PPKT.
Teks : Sharifah Shakila Md Saad
Foto : Nurul Lela Soaid