Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

SISTEM E-PILIH PEMILIHAN MPPUSM

 

e1
USM PULAU PINANG, 05 Oktober 2017 – Pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2017/2018 telah dijalankan dengan jayanya. Pemilihan tersebut dijalankan dengan menggunakan Sistem e-Pilih untuk kali yang kedua. Sistem e-Pilih dibangunkan oleh Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, PPKT, Kampus Kejuruteraan.

Aktiviti pemilihan bermula pada 8.30 pagi sehingga 5.00 petang yang melibatkan enam pusat pemilihan di enam lokasi iaitu empat di Kampus Induk Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan. Selain Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), aktiviti ini mendapat sokongan yang jitu daripada PPKT Induk, PPKT Cawangan, Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan, semua Desasiswa serta seluruh warga USM.

e2

Sebelum pelajar melaksanakan aktiviti pemilihan menggunakan sistem e-Pilih, mereka perlu membuat semakan kelayakan dan lokasi pemilihan dahulu secara atas talian yang dibuka bermula jam 12 tengahari pada 3 Oktober 2017. Sebanyak 12,148 pelajar didaftarkan sebagai pemilih untuk ketiga-tiga kampus.

Hasil kerjasama daripada pelbagai pihak, sistem tersebut telah berjalan lancar. Keputusan telah dapat diumumkan seawal 6.15 petang.

e4
e3

 

Teks: Shariza Sharuddin
Gambar: Shariza Sharuddin