Taklimat Implementasi Sistem Indeks Prestasi Staf (BSC) di Kampus Kesihatan
KUBANG KERIAN, 28 Januari 2018 - Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah dijemput untuk menyampaikan taklimat Implementasi Sistem Indeks Prestasi Staf (BSC) di Dewan PUMA Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia pada 28 Januari 2018 bersama Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi Kampus Kesihatan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab kepada staf PPKT Kampus Kesihatan untuk berkongsi pengurusan pengkuran penilaian prestasi di jabatan/organinasi menggunakan kerangka Balance Score Card. Kaedah penilaian ini telah diautomasikan melalui sistem BSC atau dikenali sebagai Indeks Prestasi Staf.
Seramai lima orang staf PPKT Kampus Kejuruteraan telah terlibat menjadi fasilitator kepada kumpulan staf di PPKT Kampus Kesihatan untuk membantu Ketua Seksyen/Unit merancang dan merekod insiatif profil di dalam sistem BSC ini. Melalui sistem BSC ini, pengukuran penilaian prestasi setiap staf dapat diukur secara online dan real time.
Penulis & Foto : Nurzalina Nordin