Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Penyelenggaraan Makmal Pengajaran

Penyelenggaraan Makmal
PPKT, 6 FEBRUARI 2018 - Bagi meningkatkan lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semester ini, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengambil inisiatif mengadakan satu aktiviti menyelenggara komputer makmal. Makmal yang dimaksudkan adalah Makmal Pengajaran yang terletak di aras 1, bangunan PPKT Kampus Kejuruteraan.

Aktiviti yang dijalankan selama 4 hari iaitu dari 6 hingga 9 Februari 2018 telah melibatkan beberapa orang staf teknikal dan dibantu oleh pelajar Latihan Industri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah memastikan Sistem Operasi (OS) dan MS Office berada dalam keadaan “genuine” dan boleh digunakan. Selain daripada itu, kami juga memastikan perisian yang hendak digunakan oleh pensyarah telah dibuat “installasi” dan boleh digunakan. Antara perisian-perisian yang terdapat pada komputer di makmal ini adalah seperti AutoCAD 2017, MatLAB, SPSS, Minitab, Solidworks, OrCAD, Borland C dan Visual C.

Untuk makluman pensyarah yang hendak menggunakan makmal ini, anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu di laman sesawang Servisdesk iaitu https://sd.usm.my atau terus datang ke kaunter Servisdesk di Pejabat Am PPKT. Perlu diambil perhatian, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kelas bermula dan jika perisian yang hendak digunakan tiada disebut seperti di atas, pihak tuan/puan perlulah menyediakan perisian tersebut beserta kakitangan untuk membuat proses installasi dan dalam masa yang sama akan dibantu oleh pihak PPKT.

Besarlah harapan kami semoga kemudahan yang disediakan oleh universiti ini dapat dimanfaatkan bersama oleh semua pihak. Pihak PPKT yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan ini memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang berurusan. In sya allah pihak PPKT akan berusaha meningkatkan lagi tahap perkhidmatan ini dari masa ke semasa.


Penulis: En.Suhaimi Saibon
Foto: Rahmat Mat Nayan