Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MODUL PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN (EZLEARN)

image1
NIBONG TEBAL, 14 MARCH 2018 - EZLEARN pertama kalinya dilancarkan pada bulan March 2018. EZLearn merupakan projek sulung Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan di dalam merealisasikan pembelajaran ICT secara atas talian. EZLearn membantu warga kampus di dalam mendapatkan pengetahuan asas ICT.  Konsep yang diperkenalkan ini tidak memerlukan peserta menghadiri kelas di makmal dan bertemu tenaga pengajar. Sepanjang pembelajaran berlangsung peserta boleh berinteraksi  pada masa-masa yang telah ditentukan oleh pengajar melalui platform maya.

Modul ini telah dibuka kepada staf USM yang mendaftar di dalam MYCPD selama dua minggu bagi memberi ruang masa pada peserta belajar tanpa kekangan masa. Kursus ini didaftarkan sebagai kursus di bawah kursus ICT Umum – Program Terampil Generic EZLearn:Basic Microsoft Excel. Tarikh yang diperuntukan bermula 12 Mac – 23 Mac 2018. Buat pertama kalinya kursus ini dilaksanakan di Kampus Kejuruteraan sahaja. Peserta yang mendaftar melalui MYCPD seramai 34 orang. Peserta yang aktif di dalam EZLearn seramai 22 orang. Mekanisma yang digunakan di dalam EZLearn untuk berinteraksi dengan peserta adalah melalui Forum dan sesi sembang. Tarikh-tarikh penting diberikan kepada peserta untuk berinteraksi bersama pengajar.

image2image3

Bagi melayakkan peserta dianugerahkan Mata CPD, peserta perlu hadir untuk menduduki peperiksaan di PPKT. Peperiksaan telah diadakan di PPKT pada 27hb Mac 2018, masa 10:00 pagi – 12:00 tgh. Sesi pertama peperiksaan telah dihadiri oleh 13 orang peserta.

Penulis dan foto:  Pn Umul Hapsah Mohammad