JAMUAN HARI RAYA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR STAF PPKT
NIBONG TEBAL,6 Julai 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) dengan kerjasama Kelab PPKT telah mengadakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri untuk tahun 2018 yang bertemakan ‘Glamer Raya’ dan juga meraikan hari lahir semua staf dalam majlis yang sama. Sambutan diadakan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran sahabat-sahabat PPKT dari PTJ yang lain. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Penasihat Kelab PPKT, En. Mazlifendirizan Md. Rejab dan disusuli dengan ucapan Presiden Kelab PPKT iaitu En. Kusairay Musa. Selepas itu, diadakan acara penyampaian hadiah hari lahir untuk semua staf dan sumbangan untuk staf yang bertadarus sepanjang bulan ramadan.
Bagi menyemarakkan majlis, diadakan juga teka lagu raya, teka teki berkaitan hari raya dan juga ‘King dan Queen Glamer Raya’. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya. Makanan yang disajikan pula adalah secara ‘pot luck’ oleh ahli kelab PPKT dan juga sumbangan Jabatan. Antara menu yang disediakan satay, lontong, lemang, ketupat, rendang ayam, roti jala, kari daging, buah-buahan, ais kacang, kuih muih dan kek hari lahir. Antara yang paling menarik kali ini adalah sumbangan sebakul durian oleh salah seorang staf. Terima kasih diucapkan pada semua yang menjayakan majlis sambutan pada kali ini.
Teks & Foto : Junaidah Jaapar