Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Jaringan Masyarakat Masjid Al-Mujahidin,Batu Putih,Kulim Kedah

Image1
KULIM,16 September 2018 – Karnival Jom Immarah Masjid telah berlangsung di perkarangan Masjid Al-Mujahidin, Batu Putih, Kulim Kedah Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan telah dijemput untuk bersama-sama mengimarahkan program tersebut. Ketibaan kami di sana disambut oleh AJK Masjid dengan jamuan pagi dan disediakan makan tengahari sempena kenduri menyambut Maal Hijrah.

Image2

 Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Ceramah Cabaran ICT oleh En Mazlifendirizan bin Md Rejab, pameran dari pihak Infostruktur yang diwakili oleh dua pelajar praktikal iaitu Muhamad Hafni Bin Moktar Lotfy dan Muhamad Nasrul Hakim bin Ismail. Staf PPKT yang turut menjayakan aktiviti tersebut ialah Puan Umul Hapsah Binti Mohamad, Encik Rahmat Bin Mat Hassan, En Mohd Kusairay bin Musa, Encik Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid serta dua pelajar praktikal iaitu Saidatul Amera BInti Ayub dan Farah Nur Izzaty Binti Zaidi . PPKT juga sempat mempromosikan program SIFIDI kepada masyarakat kampung.

Image3
Program ini berlangsung selama 1 hari bermula 8:30 pagi – 10:00 malam. Antara aktiviti yang menarik adalah pameran dari agensi kerajaan seperti Bomba, Pemeriksaan Kesihatan oleh petugas dari Hospital Kulim, Memanah, Berkuda, cabutan bertuah dan aktiviti sukan untuk kanak-kanak. Terdapat juga pertandingan memasak dan gubahan.

Ceramah Cabaran ICT bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Penglibatan PPKT di Kampung Batu Putih adalah kali pertama, jadi peluang itu digunakan untuk menceritakan serba sedikit berkenaan USM kampus Kejuruteraan. Pihak Jawatankuasa Masjid mengharapkan agar PPKT dapat meneruskan lagi program-program bersama kampung Batu Putih di lain masa dengan aktiviti yang lebih menarik. Bagi menghargai sumbangan dan sokongan dari pihak PPKT, pihak Jawatankuasa Masjid telah menghadiahkan cenderahati sebagai tanda ingatan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan Tahlil. Delegasi dari PPKT bergerak meninggalkan perkarangan masjid lebih kurang pukul 2:00 petang.

Teks: Umul Hapsah Mohamad
Foto: Mazlifendirizan, Mohd Kusairay & RahmatMH