Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Khidmat Masyarakat di Masjid Hijau Relau, Kedah

image1

Relau, 10 November 2018 (Sabtu) – Seramai 19 orang staf Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah terlibat dengan program USM Bersama Masyarakat Sempena Maulidur Rasul 1440H anjuran Pusat Islam, USM Kampus Kejuruteraan. Program ini juga berjaya menghimpunkan penglibatan kira-kira lebih 40 orang staf USM dalam pelbagai bidang pengkhususan dari beberapa jabatan.

Program ini diterajui oleh Encik Rahmat Bin Md Hassan selaku Ketua Projek Khidmat Masyarakat siri 2/2018 bergandingan bersama Encik Mohd Salludin Bin Mohd Salleh selaku wakil PPKT di Pusat Islam. Program berlangsung seawal jam 8.00 pagi, bermula dengan acara Jom Membuat Roti dan Pastry oleh HELWA Pusat Islam bersama pemeriksaan kesihatan oleh Unit Kesihatan.

Pameran ICT yang diadakan merangkumi beberapa sistem yang dibina oleh PPKT. Pada masa yang sama  terdapat juga pameran simulasi penerbangan kapal terbang yang dijayakan oleh Encik Suhaimi Bin Saibon dan ianya amat menarik minat ramai kanak-kanak.

image2

image3
Ceramah ICT mengenai Langkah Keselamatan Menggunakan Internet Untuk Kanak-Kanak telah diberi oleh Penyelaras PPKT iaitu Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab. Ceramah dilakukan di ruang solat wanita bersama kanak-kanak dilingkungan usia 7 tahun hingga 12 tahun.

image4
Kemuncak program hari tersebut adalah pertunjukan pengendalian dan penggunaan drone yang berkesan yang diadakan secara langsung oleh Encik Harull Al-rashid Bin Shahamin Faizal Kung. Drone ini telah mengambil gambar pemandangan aerial Masjid Hijau sebagai cenderahati dari PPKT kepada pihak masjid.

image5

Terima kasih di atas cenderahati yang diberikan oleh pihak jawatankuasa masjid dan majlis ditamatkan dengan bacaan doa dan Tahlil.

Teks & Foto: Mashaili Saad