Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

LAWATAN DELEGASI PPKT KE MDEC DAN UKM

lawatan1
CYBERJAYA, 4 DISEMBER 2018 (SELASA) - Bagi menutup tirai 2018, seramai 20 orang delegasi Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT)Kampus Kejuruteraan yang diketuai oleh Encik Mazlifendirizan Md Rejab (Penyelaras) telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn. Bhd. dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor.

Setibanya di Bunga Raya Auditorium MDEC, delegasi PPKT telah disambut oleh Puan Hezlina Abd Alim dari Corporate Affairs Division (CAD). Di sini, Encik Faizul Anuar dari Bahagian Bakat  dan Encik Zulhardy dari Bahagian IT telah berkongsi mengenai sejarah MDEC.

lawatan2
MDEC atau dulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Multimedia telah ditubuhkan 20 tahun yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan ianya kini di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. MDEC adalah sebuah institusi milik kerajaan yang bertanggungjawab bagi pengurusan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) di Malaysia sebagai industri teknologi dan zon perdagangan.

Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh pihak PPKT kepada wakil MDEC. PPKT berhasrat untuk mengadakan lawatan lanjut ke Asean Data Analytics Exchange (ADAX).

lawatan3
Pada 5 Disember 2018, lawatan kerja diteruskan  ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan setibanya di Pusat Teknologi Maklumat (PTM) delegasi disambut oleh Puan Salina Ibrahim, Timbalan Pengarah (Aplikasi Korporat Universiti). Pengarah PTM, Profesor Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz telah sudi bersama–sama bagi memberikan taklimat berkenaan sejarah penubuhan, halatuju serta proses kerja PTM.

lawatan4
Penutup majlis diraikan dengan  pemberian cenderahati oleh PPKT kepada pihak UKM. Tidak terhenti di situ, sebelum berlepas pulang, dijamu pula dengan makanan tengahari. Akhir bicara “semoga ukhuwah terus terjalin”.

Teks: Umul Hapsah Mohamad
Foto: Mashithah Md Hasim