Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

LAWATAN KE HATYAI 2019

image1a

NIBONG TEBAL, 6 JULAI 2019 (SABTU) - Kelab PPKT Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan satu lawatan ke Hatyai, Thailand pada 6-7 Julai 2019 yang lalu. Aktiviti ini telah disertai oleh 36 peserta dari ahli kelab PPKT dan orang luar yang mengambil peluang untuk bercuti dan makan angin sempena cuti hari minggu yang panjang.

Peserta rombongan telah berkumpul dan bertolak pada jam 4.30 pagi dari Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) dan tiba di Hatyai pada jam 10 pagi. Lawatan hari pertama merangkumi Restoren Chabura Dim Sum, Pusat Cenderahati Kaysorn, Pusat Jualan Gajus dan Tomyam Renu, Pantai Samila, Pasar Terapung dan Asean Night Market.

image2

Sepanjang perjalanan selepas sempadan Malaysia – Thailand, peserta diberikan penerangan berkaitan kerajaan Thailand, tempat-tempat lawatan dan teknologi yang terkini oleh pemandu pelancong, Encik Ausman. Selain itu, peserta juga berpeluang mempelajari Bahasa Thai seperti pengiraan matawang, pengiraan nombor asas dan ayat-ayat ringkas dalam perbualan seharian.

image3
Destinasi hari kedua adalah Plaza Nora dan Big Bee Garden. Di sini peserta mendapat taklimat berkaitan perbezaan antara madu asli dan tiruan, madu muda dan madu tua, dan sebagainya. Selepas itu, peserta lawatan meneruskan perjalanan ke Perkampungan Gajah Chang Puak Camp.

image4image5

Peserta bertolak pulang dan tiba dengan selamat di USM Kampus Kejuruteraan pada jam 11 malam. Diharapkan aktiviti sebegini dapat merapatkan silaturrahim antara ahli kelab di samping menambah pengalaman di negara orang.

Teks & Foto : Mashithah Md Hashim