Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Forum Santai: PdPR: Ok ke Tak?

Forum santai (3)
NIBONG TEBAL, 2 Apr 2021 – Satu Forum Santai yang bertajuk “PdPR: Ok ke Tak?” telah dianjurkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan pada 2 April 2021 jam 10 pagi.

Forum ini menampilkan Cikgu Rohani binti Md Nor dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya sebagai panel utama yang mewakili guru diikuti Prof Dr Mohd Azmier bin Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM Kampus Kejuruteraan sebagai wakil ibu bapa serta Muhammad Alif Fauzan bin Mohd Fauzie sebagai wakil pelajar. Forum ini turut diimbangi dengan En Mohd Kamil bin Ashar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM Kampus Kejuruteraan sebagai moderator forum.

Program forum santai ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu dan cabaran teknologi dalam membudayakan pendidikan norma baharu semasa perlaksanaan PdPR dijalankan di kalangan guru, ibubapa dan pelajar keseluruhannya.

Program ini telah dijalankan secara atas talian menerusi saluran media sosial facebook rasmi PPKT Kejuruteraan iaitu https://www.facebook.com/ppkt.eng.usm dengan kehadiran dianggarkan seramai 180 tontonan secara langsung dan kini video tersebut telah mencecah tontonan seramai 1300 dari warganet. Komen keseluruhan dari warganet amatlah positif mengenai program ini dan rata-rata inginkan program seperti ini perlu diteruskan dan dipanjangkan durasi forum pada masa akan datang.

Kepada warganet yang telah mendaftar pada hari berkenaan, kini anda boleh dapatkan sijil digital penyertaan di pautan http://twiki.eng.usm.my/. Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di dalam melaksanakan PdPR ini masa akan datang.Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Forum santai (1)Forum santai (8)Forum santai (4)Forum santai (2)Forum santai (7)Forum santai (6)

 

Teks: Mohd Jamil Bin Kasim
Foto: Mohd Kamal Bin Mohd Noordin