Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Sumbangan Kepada Pelajar/Penghuni Desasiswa

NIBONG TEBAL, 16 JULAI 2021 (JUMAAT) - Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan kutipan sumbangan serendah RM10 untuk membantu pelajar/penghuni desa yang dilanda masalah kesempitan kewangan.

Pelanjutan tempoh PKP3.0 sedikit sebanyak memberi kesan pada semua pihak terutamanya pelajar/penghuni desasiswa. Dimaklumkan bahawa seramai 1000 penghuni desasiswa yang berada di dalam kampus pada ketika ini. Mereka tidak dapat bergerak bebas untuk mendapatkan keperluan harian dan turut berjauhan daripada keluarga masing-masing. Selain itu, mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan pengajian secara norma baharu.

Aktiviti ini diadakan bertujuan bukan sahaja membantu pelajar meneruskan kelansungan hidup malah memberi peluang kepada ahli kelab/staf PPKT untuk berkongsi rezeki. Dengan usaha ini akan dapat melahirkan rasa kesyukuran di kalangan ahli kelab / staf PPKT.
Encik Kusairay Bin Musa selaku Presiden Kelab PPKT Kampus Kejuruteraan telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Penggawa Desasiswa untuk memudahkan proses pengagihan.

Diharap dengan sumbangan ini dapat memberi semangat baharu kepada pelajar dan tidak terasa diri mereka diabaikan, malah sentiasa diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya. Secara tidak langsung ia juga dapat mewujudkan rasa keperihatinan daripada ahli Kelab PPKT khasnya dan warga kampus umumnya.

 

Teks: Puan Shariza Sharuddin