Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Kemasukan Pelajar Baharu Sidang 2021/2022 ke USM Kampus Kejuruteraan

Img2
NIBONG TEBAL, 16 OKTOBER 2021 (SABTU) – Seramai 151 pelajar baharu telah melapor diri secara fizikal di USM Kampus Kejuruteraan. Pelajar baharu yang dibenarkan hadir secara fizikal ke kampus adalah mereka yang telah lengkap dua (2) dos vaksin dan telah melepasi tempoh keberkesanan vaksin (14 hari) seperti yang ditetapkan selepas suntikan dos kedua. Bagi mereka yang tidak mendapatkan vaksin kerana sebab kesihatan perlu mengemukakan surat pengesahan doktor perubatan dari hospital atau klinik kerajaan.

Terdapat empat kaedah yang dibenarkan untuk pergerakan pelajar kembali ke kampus iaitu:
i. menggunakan kenderaan sendiri;
ii. ibu bapa/penjaga menghantar sendiri pelajar dengan syarat ibu bapa/penjaga telah lengkap proses vaksinasi;
iii. perkhidmatan penerbangan; dan
iv. pelajar yang membawa kenderaan sendiri dibenarkan berkongsi kenderaan berdasarkan kapasiti kenderaan dengan memastikan pelajar dan penumpang telah lengkap proses vaksinasi.

Pelajar yang tiba untuk melapor diri perlu check in pengesahan kehadiran melalui aplikasi MyPohon seminggu sebelum tarikh lapor diri. Setibanya mereka di kampus, mereka perlu menjalani ujian Saringan Risiko COVID-19 dan membuat Ujian Nasal COVID-19 yang dibantu oleh petugas Kesihatan secara pandu lalu.

Pelajar yang lulus Saringan Risiko COVID-19 dan negatif Ujian Nasal COVID-19 akan diminta menunjukkan QR Code (Check-in USM) untuk diimbas oleh petugas bagi mendapatkan nombor bilik penginapan di Desasiswa. Pelajar akan diminta kembali ke kenderaan untuk dihantar oleh ibu bapa/penjaga ke Desasiswa yang telah ditetapkan dan tidak perlu menjalani proses pengasingan 10 hari.

Pelajar dinasihati untuk mengelakkan 3C (Crowded Place, Confined Place, Closed Conversation) dan mengamalkan 3W (Wash, Wear, Worn).
Pelajar juga dinasihati untuk sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan mematuhi Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tahniah dan selamat datang ke USM Kampus Kejuruteraan kepada semua pelajar baharu dari kami PPKT Kampus Kejuruteraan.

image1
Pelajar baharu yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

image2
Ujian Saringan Covid-19 oleh petugas kesihatan USM

Teks: Puan Mashithah Hasim
Foto: Puan Shariza Sharuddin