Kursus Kemahiran Tambah Pendapatan
NIBONG TEBAL, 26 Mac 2022 (Sabtu) – Kursus Kemahiran Tambah Pendapatan dengan Media Sosial Facebook 2022 anjuran Pejabat Daerah, Tanah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan bertempat di Makmal Pengajaran, PPKT Kampus Kejuruteraan.
Kursus ini berlangsung selama 1 hari iaitu bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini telah disertai oleh 50 orang peserta dan tenaga pengajar kursus adalah Encik Mohd Moey bin Abdullah @ Mr Tony dari Kuala Lumpur.
PPKT sangat berbesar hati dapat menyediakan lokasi pengajaran bagi kursus berkaitan. Diharapkan peserta dan penganjur berpuas hati dengan perkhidmatan sewaan yang kami sediakan.
Teks: Puan Jamaliah
Foto: Encik Kusairay & Encik Jamil