Kursus ICT di Kampus Kejuruteraan Ogos 2015
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kursus ICT di Kampus Kejuruteraan akan bermula pada minggu hadapan. Beberapa kursus baru diperkenalkan seperti pakej Microsoft Office 2013, Teknik Persembahan Menggunakan Powtoon dan sebagainya. Berikut merupakan senarai kursus yang bakal dijalankan:
BIL |
KURSUS |
TARIKH |
MATA CPD |
LOKASI |
1. |
Teknik Persembahan Menggunakan Powtoon · Penggunaan perisian persembahan atas talian untuk membuat video animasi dan sebagai alternatif kepada teknik persembahan menggunakan Microsoft Power Point. |
11 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
2. |
Teknik Penggunaan Emel @usm.my · Cara menggunakan emel di web https://owa.usm.my dan juga menggunakan Microsoft Outlook 2013 dengan lebih efisien. |
12 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
3. |
Penggunaan Aplikasi USM dalam Pengurusan Seharian · Teknik menggunakan aplikasi USM seperti diari USM, servisdesk dan portal Campus Online. |
13 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
4. |
Microsoft Excel 2013 Tahap 2 · Mengandungi cara untuk membuat formula, function, chart dan templates. |
17 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
5. |
Penggunaan Simpanan Awan Peribadi One Drive, Dropbox Dan Office On-Line · Melatih dan menambah pengetahuan penggunaan sepenuhnya staf dalam bidang "Teknologi Cloud Computing” penggunaan percuma simpanan awan peribadi Microsoft One Drive, Dropbox dan Office Online (Word, Excel, Power Point). |
18 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
6. |
Teknik Asas Penggunaan Peralatan Rangkaian · Penerangan secara hands-on penggunaan peralatan rangkaian kepada staf. Terbuka kepada semua staf. |
19 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
7. |
Microsoft Excel 2013 Tahap 3 · Penghasilan dokumen menggunakan Microsoft Excel dengan lebih advanced. · Antara topiknya adalah: ü Bagaimana menggunakan pivot table & pivot chart. ü Cara menghasilkan lebih dari satu chart (kombinasi). ü Data Validation (teknik untuk membenarkan hanya data tertentu boleh dimasukkan dalam field). ü Penggunaan advanced functions untuk conditional dan logical functions dan lain-lain. |
24 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
8. |
Adobe Photoshop CS6 · Antara topik yang bakal diajar adalah Working with Tools, Working with Selection, Masking & Text Effects. · Anda juga akan diberikan latihan yang bersesuaian bagi memantapkan pemahaman. · Mungkin ini langkah pertama anda untuk menjadi pakar grafik, siapa tahu? |
25-26 Ogos 2015 |
12 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
9. |
Microsoft Word 2013 Tahap 2 · Antara yang bakal diajar adalah teknik membuat bullet & numbering dan membahagi satu page kepada dua atau lebih ruang menggunakan column. · Topik lain yang menarik adalah bagaimana untuk menformatkan teks biasa menjadi table dan sebaliknya dan juga fungsi kiraan pada table seperti fungsi dalam Microsoft Excel. · Selain itu, topik lain adalah seperti Styles, Themes, Templates, Sections dan banyak lagi. |
27 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
10. |
Microsoft Word 2013 Tahap 3 · Untuk mereka yang ingin mendalami Microsoft Word terutama staf yang terlibat dalam bidang pengkeranian seperti Setiausaha dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan juga staf yang sering menghasilkan kertas kerja. · Antara topik yang bakal diajar adalah cara menghantar surat dan emel menggunakan mail merge dengan mudah. Sangat menjimatkan masa! · Topik lain adalah seperti cara membuat table of content, form, macros dan sebagainya. |
28 Ogos 2015 |
6 |
Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan |
Sila layari portal http://campusonline.usm.my/ untuk mendaftar!!
Panduan: Pilih link ‘MyCPD v2’ di bahagian kiri page.
Untuk maklumat lanjut mohon hubungi servisdesk di talian 5333. Kursus akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jangan lupa mendaftar!!
P/S: Makan pagi dan tengah hari disediakan.
Sekian. Terima Kasih.