Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Techtalk@PPKT-ENG 2/2021

image1
NIBONG TEBAL, 30 September 2021 – Satu sesi Techtalk@PPKT-ENG telah dianjurkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) pada 29 September 2021 jam 9 pagi. Sesi ini dilaksanakan secara atas talian melalui Cisco Webex melibatkan 148 peserta terdiri daripada kakitangan staf akademik, pentadbiran dan penuntut dari Kampus Kejuruteraan dan Kampus Induk USM.

image2
Sesi ini dimulakan dengan slot pertama iaitu Parenting Control using Google Family Link yang dibentangkan oleh Encik Mohd Kusairay bin Musa. Taklimat tersebut menerangkan tentang salah satu Aplikasi terbaik untuk pantau anak-anak menggunakan telefon pintar seiring dengan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) PDPR. Dalam sesi berdurasi 45 minit itu penerangan tentang cara memuat turun aplikasi Google Family Link, kelebihan penggunaan aplikasi tersebut dengan penetapan play sound sekiranya gajet hilang, mengenalpasti lokasi anak-anak, dan meghadkan tempoh penggunaan gajet oleh anak dalam sehari.

image3
Encik Harull Al- Rashid bin Shahamin Faizal Kung & Encik Rahmat bin Mat Nayan pula sebagai pembentang kedua PABX Sistem (Telekomunikasi) di USM Kampus Kejuruteraan. Taklimat yang disampaikan oleh Encik Harull berkenaan 5 jenis server di USM, jenis-jenis peranti sistem telekomunikasi PABX seperti analog phone, digital phone, sip phone yang diguna pakai oleh USM Kampus Kejuruteraan. Manakala taklimat dari Encik Rahmat berkenaan Tips & Trick in PABX System di Kampus Kejuruteraan.

 image5     image4

 Sesi terakhir iaitu Webex & Webex for Dummies dibentangkan oleh Encik Khairi Bin Osman. Pemilihan tajuk ini sesuai dengan penggunaan aplikasi digital dan platform atas talian adalah inovatif dan seiring dengan kemajuan pekerjaan dan pendidikan pada masa kini. Webex terdiri daripada dua kategori iaitu Webex Meeting dan Webex Event. Dalam sesi pembentangan tersebut turut dikongsikan berkenaan kepelbagaian aplikasi sidang video atas talian, cara untuk akses ke platform Webex, cara untuk menetapkan mesyuarat melalui Webex dan juga cara penggunaan Webex
.
image7     image6

Sesi tamat pada jam 12 tengahari dan diakhiri dengan sesi pengesahan kehadiran oleh peserta. Diharap sesi perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan hadirin berkaitan teknologi ICT secara khususnya dan pengetahuan semasa berkaitan kakitangan USM secara amnya.

Teks & Foto: Sharifah Shakila Binti Md Saad