Google Tips
Frasa Pencarian Google
Kalau anda hendak mencari ayat contohnya Berjalan di atas bulan iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), anda perlu letak quotes (" dan ") sebelum dan selepas ayat itu. Contohnya dengan menaip "Berjalan di atas bulan", Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Berjalan di atas bulan.
Gunakan Tanda "-" dan "+"
Contohnya seperti PPKT USM. Dengan adanya tanda "+" seperti PPKT + USM, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai perkataan PPKT dan USM. Tetapi sekiranya, anda meletakkan PPKT - USM, perkataan USM akan digugurkan dari carian. Anda akan mendapat keputusan yang hanya mengandungi perkataan PPKT dan tidak menyenaraikan perkataan USM.
Carian Artikel yang Unik
Sekiranya anda ingin terus mencari artikel tentang artis Siti Nurhaliza di laman web akhbar Kosmo, sila taip: site:URL "katakunci" Contohnya, site:kosmo.com.my "siti nurhaliza"
Dot Dot dalam Carian Google
Dengan menggunakan simbol dot dot (..), anda akan dapat keputusan dengan penuh sempurna dalam Google.
Contohnya jika anda ingin mencari maklumat tentang Malaysia dari tahun 1963 hingga tahun 2008, anda perlu taip Malaysia 1963..2008, maka semua maklumat tentang Malaysia dalam tempoh tersebut akan dipaparkan.
Google Calculator
Google juga boleh berfungsi seperti kalkulator. Hanya taipkan operasi matematik yang diinginkan. Contohnya 5 + 4 dan tekan Search. Hasil dari operasi tersebut akan dipaparkan. Selain daripada itu ia juga boleh di gunakan untuk menukar unit kiraan. Contohnya 1 Mb =? Kb dan tekan Search .
Menyemak Ejaan dalam Google
Sekiranya anda kurang pasti bagaimana untuk mengeja sesuatu perkataan, contohnya encyclopedia, taipkan 'encyclopedia' atau 'ensyclopedia' dan tekan Search. Kemudian, hasilnya akan keluar 'Did you mean: encyclopedia'. Maka itulah ejaan yang tepat.
Carian Imej
Untuk memudahkan carian imej, anda perlu klik pada Imej dalam laman web Google dan taip nama imej yang dikehendaki.