Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR STAF PPKT 2019

Raya1
NIBONG TEBAL, 28 JUNE 2019 (JUMAAT) – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) dengan kerjasama Kelab PPKT telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan ‘Riuhnya Raya’. Majlis tersebut juga turut meraikan hari lahir semua staf untuk tahun 2019. Sambutan diadakan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran staf PPKT dan ahli kelab dari PTJ yang lain. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Rahmat Bin Mat Hassan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden Kelab PPKT iaitu En. Kusairay Musa dan disusuli dengan ucapan Penasihat Kelab PPKT, En. Mazlifendirizan Md. Rejab.

Antara acara yang diadakan adalah penyampaian hadiah hari lahir untuk semua ahli kelab, sumbangan Biro Kebajikan untuk Encik Wan Ahmad Sarbini Bin Wan Ahmad yang mengalami kemalangan dan sumbangan Biro Dakwah dan Kerohanian untuk staf yang bertadarus sepanjang bulan Ramadan. Antara keunikan majlis kali ini ialah ‘cup cake’ dengan dihiasi gambar ahli kelab yang ditempah khas untuk meraikan hari lahir pada tahun ini.Raya2
Bagi menyemarakkan majlis, permainan teka lagu raya, teka teki berkaitan hari raya dan juga ‘King dan Queen Riuhnya Raya’ juga diadakan. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya. Pelbagai juadah disediakan secara ‘pot luck’ oleh ahli kelab PPKT dan juga sumbangan daripada jabatan. Antara menu yang dihidangkan ialah sate, mee kari, ketupat, rendang ayam, rendang daging, yong tau foo, bihun goreng, buah-buahan, ais kacang, kuih muih, teh tarik dan air minuman sejuk. Terima kasih diucapkan pada semua yang menjayakan majlis sambutan pada kali ini.

Teks: Pn Shariza Sharuddin
Foto: En Mohd Kamal Mohd Noordin